
- Oleh BIANCA HILMAN
ARTIS terkenal tanah air, Janna Nick lantang menyuarakan rasa kecewanya terhadap pihak yang mengecam penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk mereka yang mempertikaikan isu mahram.
Menerusi satu hantaran penuh emosi tetapi dalam nada kesal dan tegas di media sosial (Facebook) miliknya, Janna menyelar golongan yang membuat komen negatif terhadap para aktivis, khususnya wanita, yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyertai misi bantuan ke Gaza.
“Korang (kamu) ingat dorang (mereka) live dekat TikTok tu suka-suka ke? Dorang atas kapal hampir sebulan dengan orang baru, language barrier (kekangan bahasa) lagi. Itu bukan percutian,” tegasnya,
Pelakon drama bersiri, Selamat Pengantin Haru ini juga mengkritik sikap sesetengah individu yang bersikap angkuh, menyindir golongan berstatus tinggi tetapi tidak menunjukkan empati terhadap perjuangan aktivis kemanusiaan.
Janna turut mempertahankan tujuan para peserta membuat siaran langsung semasa misi GSF, yang menurutnya adalah untuk mengurangkan tekanan, di samping memberi kesedaran kepada umum tentang keadaan sebenar di lapangan.
Luahan beliau mendapat perhatian netizen, yang rata-ratanya menyokong pendiriannya dan menyeru agar orang ramai lebih menghargai usaha para sukarelawan tanpa menghakimi mereka dari sudut hukum yang sempit atau persepsi yang dangkal.
Di Voolora, kami pegang prinsip Ini:
- Wanita moden boleh berpegang kepada ajaran agama masing-masing tanpa menyekat peranan penting mereka dalam masyarakat.
- Naratif unik yang dibawa golongan wanita ialah tentang kekuatan, pilihan, dan perjuangan.
- Wanita mempunyai hak muktamad untuk membuat pilihan sendiri tanpa paksaan daripada individu lain.
VooloraVoices: Untuk wanita yang tahu bila nak berdiri, bila nak tenang – tapi tak pernah tunduk pada kejahilan.

Ok