Selepas aksi ‘dedah’ di padang, ‘troll’ Hincapié pula tular
Susunan BIANCA HILMAN
DALAM dunia bola sepak moden yang penuh drama, emosi dan simbol kuasa, musim Liga Perdana Inggeris kali ini bukan sekadar tentang kemenangan di padang - tetapi juga tentang gaya, personaliti dan momen viral yang mencuri perhatian dunia.
Dan kali ini, spotlight bukan sahaja tertumpu kepada kejuaraan Arsenal F.C., tetapi juga kepada aksi penuh ‘boss energy’ yang tidak disangka daripada pertahanan mereka, Piero Hincapié.
Perayaan meraikan gelaran Liga Perdana Inggeris milik Arsenal F.C. bertukar menjadi tumpuan media sosial apabila pertahanan mereka, Piero Hincapié, mencetuskan momen ‘troll’ terhadap peminat Manchester City dalam suasana penuh emosi hujung musim yang dramatik.
Segalanya bermula selepas keputusan seri 1-1 Manchester City menentang Bournemouth,...

