Saturday, September 5

Hiburan

Spider-Man: Brand New Day pecah panggung RM3.8 bilion, bakal ditayang di Netflix
Berita, Hiburan

Spider-Man: Brand New Day pecah panggung RM3.8 bilion, bakal ditayang di Netflix

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Filem Spider-Man: Brand New Day, mencipta sejarah apabila mencatat kutipan hujung minggu pembukaan AS$927 juta (RM3.8 bilion) di seluruh dunia dalam tempoh tayangan tayangan selama tiga hari, sekali gus menjadi pembukaan global kedua terbesar sepanjang zaman selepas Avengers: Endgame (2019) yang mencatat kutipan minggu pembukaan AS$1.2 billion. Spider-Man: Brand New Day yang mula ditayangkan di seluruh dunia pada 31 Julai 2026 dihasilkan dengan kos AS$225 juta, kembali menampilkan  Tom Holland sebagai Peter Parker serta Zendaya, Jacob Batalon, Mark Ruffalo, Michael Mando, Sadie Sink, Jon Bernthal dan Tramell Tillman dalam barisan pelakon utamanya.  Naskhah terbaharu Sony Pictures dan Marvel itu juga merupakan filem kedua terbesar dalam sej...
Puji filem The Odyssey: Elon Musk kutuk Tom Holland
Berita, Hiburan

Puji filem The Odyssey: Elon Musk kutuk Tom Holland

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Elon Musk sekali lagi mencetuskan kontroversi di platform X apabila menggelar seorang pengguna bernama Tom Holland sebagai ‘c**k’ ketika perdebatan mengenai filem terbaharu arahan pengarah prolifik Christopher Nolan, The Odyssey. Bagaimanapun, kenyataan itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial kerana ramai menyangka Musk menyasarkan pelakon Tom Holland yang terkenal menerusi watak Spider-Man dan siri filem superhero Marvel itu; yang  turut membintangi The Odyssey. Sebenarnya, individu yang dimaksudkan Musk ialah Tom Holland, seorang ahli sejarah dan penulis British, yang berkongsi pandangan positif mengenai filem tersebut di X. Tujuh pelakon utama filem The Odyssey (dari kiri), Robert Pattinson, Lupita Nyong'o, Tom Ho...
Selepas kutipan cecah RM1.4 bilion, ‘Obsession’ muncul di Malaysia 25 Jun ini
Berita, Hiburan

Selepas kutipan cecah RM1.4 bilion, ‘Obsession’ muncul di Malaysia 25 Jun ini

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Dunia perfileman dikejutkan dengan kejayaan luar biasa filem seram-thriller, Obsession yang kini secara rasmi telah melepasi kutipan AS$300 juta (lebih RM1.4 bilion) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh dunia, walaupun dihasilkan dengan bajet yang dilaporkan hanya sekitar antara AS$750,000 hingga AS$1 juta. Dalam era yang didominasi filem francais dan produksi berskala besar dengan kos ratusan juta dolar, Obsession muncul sebagai bukti bahawa karya asli dan penceritaan yang kuat masih mampu menawan hati penonton global. Ditulis dan diarahkan oleh pemuda berusia 26 tahun, Curry Barker yang sebelum ini mencipta nama sebagai YouTuber,  filem ini bermula sebagai sebuah projek seram indie berskala kecil sebelum berkembang menjadi fenomena bu...
‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 
Berita, Hiburan

‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 

Susunan BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Gabungan magis francais filem Toy Story dan pengaruh luar biasa populariti Taylor Swift mencipta fenomena terkini global apabila siri kelimanya, Toy Story 5 mencatat kutipan pembukaan (hasil kutipan hujung minggu Jumaat-Ahad) terbesar tahun ini mencecah AS$312 juta (RM1.47 bilion), manakala lagu tema filem itu alunan Taylor Swift,  I Knew It, I Knew You menduduki tangga teratas carta Billboard Hot 100. Filem terbaharu Disney dan Pixar itu meraih kutipan domestik (Amerika Utara) sebanyak AS$160 juta (RM753 juta) pada hujung minggu pembukaannya, sekali gus memecahkan rekod francais yang sebelum ini dipegang oleh Toy Story 4 dengan AS$120 juta pada 2019. Di peringkat antarabangsa, Toy Story 5 turut mencatat prestasi cemerlang dengan kutipan AS$...
Ariana Grande dan Ethan Slater berpisah selepas tiga tahun
Berita, Hiburan

Ariana Grande dan Ethan Slater berpisah selepas tiga tahun

Oleh BIANCA HILMAN HOLLYWOOD, California: Ariana Grande dan Ethan Slater telah menamatkan hubungan mereka selepas hampir tiga tahun bersama. Pasangan itu berpisah secara senyap dan baik-baik beberapa bulan yang lalu, kata sumber kepada majalah People. “Mereka memberi banyak masa dan pertimbangan yang teliti dan memutuskan untuk berpisah. Mereka masih berkawan dan sangat menyokong satu sama lain,” tambah sumber itu. Penyanyi dan pelakon berusia 32 tahun itu pertama kali bertemu Slater, 34, pada tahun 2023 ketika mereka menjalani penggambaran filem dalam filem adaptasi moden muzikal teater, Wicked. Ariana membintangi dua siri filem sebagai Glinda, ahli sihir yang baik dalam kedua-dua filem itu, manakala Slater melakonkan watak Boq Woodsman, yang kemudiannya diubah menjadi Tin ...
‘Single’ terbaharu Ariana Grande No. 1 dunia
Berita, Hiburan

‘Single’ terbaharu Ariana Grande No. 1 dunia

Oleh BIANCA HILMAN SINGLE terbaharu Ariana Grande, Hate That I Made You Love Me  kini dijulang sebagai lagu No1 dunia membuat penampilan sulung di kedudukan teratas pada kedua-dua carta Billboard Global 200 dan Billboard Global Excl. A.S, serta carta Billboard Hot 100 pada minggu ini. Hate That I Made You Love Me merupakan lagu pertama yang ditampilkan sebelum single pertama dari album studio kelapannya, Petal akan dilancarkan oada 31 Julai 2026. Kejayaan Hate That I Made You Love Me susulan ia telah mencatatkan 63.4 juta strim dan terjual 81,000 muat turun di seluruh dunia sejak daripada tarikh pelancarannya pada 29 Mei hingga 4 Jun 2026, menurut Luminate. Sebelum ini Ariana meraih No.1 Global 200 dengan single, We Can’t Be Friends (Wait for Your Love) (selama satu mi...
Scary Movie 6 ‘box-office’ AS$106 juta, Masters of The Universe AS$54 juta
Berita, Hiburan

Scary Movie 6 ‘box-office’ AS$106 juta, Masters of The Universe AS$54 juta

Oleh BIANCA HILMAN HOLLYWOOD, California: Scary Movie 6, siri keenam dalam francais Scary Movie memecah rekodnya sendiri dengan meraih kutipan tayangan awal hujung minggu (Jumaat-Ahad) di pasaran global mencecah AS$105.5 juta berbanding kos pembikinannya AS$30 juta. Filem yang tidak diluluskan tayangannya di Malaysia itu kembali menampilkan empat utama pelakon filem asalnya, Scary Movie (yang ditayangkan pada tahun 2000), iaitu Marlon Wayans, Shawn Wayans, Anna Faris, dan Regina Hall - naskhah yang dihasilkan dengan bajet cuma AS$19 juta tetapi meraih kutipan keseluruhan mencecah AS$287 juta. Sementara sekuel pertamanya, Scary Movie 2 (2001), mengumpul kutipan keseluruhan AS$141.2 juta (berbanding kos pembikinan AS$45 juta); diikuti Scary Movie 3 (2003) dengan kutipan terkumpul AS...
Tidur tak lena demi BTS, tiket konsert RM1,288 dijual semula RM3,200: Sherry Ibrahim bertuah
Berita, Hiburan

Tidur tak lena demi BTS, tiket konsert RM1,288 dijual semula RM3,200: Sherry Ibrahim bertuah

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Demam BTS nampaknya benar-benar melanda Malaysia apabila ribuan peminat sanggup berjaga malam, beratur secara maya selama berjam-jam dan ‘bertarung’ dalam sistem jualan tiket demi merebut peluang menyaksikan kumpulan sensasi Korea Selatan itu secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember ini. Antara yang berjaya menewaskan pihak 'mush' dalam 'perang tiket' tersebut ialah pelakon, Sherry Ibrahim, yang tidak dapat menyembunyikan keterujaannya selepas memperoleh tiket untuk menghadiri konsert yang dinanti-nantikan itu. Menerusi perkongsian di Threads, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 43, memaklumkan dia berjaya mendapatkan tiket bagi persembahan pada 13 Disember 2026 selepas menyertai sesi pra-jualan khas untuk ahli kelab...
Single terbaharu Ariana Grande raih No.1 carta iTunes 50 negara
Berita, Hiburan

Single terbaharu Ariana Grande raih No.1 carta iTunes 50 negara

Oleh BIANCA HILMAN SINGLE terbaharu Ariana Grande, Hate That I Made You Love Me mencipta fenomena apabila berjaya mencapai kedudukan #1 iTunes di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, sekali gus menjadi lagu ke-13 dalam kariernya yang mencapai pencapaian tersebut.  Lagu ciptaan sendiri Ariana itu turut menduduki tangga teratas carta iTunes Worldwide, iTunes Eropah dan iTunes Amerika Syarikat sejurus selepas pelancarannya. Kejayaan itu turut diterjemahkan di platform penstriman apabila lagu berkenaan membuat debut di #1 Carta Spotify Global Harian dengan lebih 8.78 juta strim pada hari pertama ia dilancarkan, menjadikannya antara pembukaan terbesar dalam karier penyanyi itu. Ariana dan Justin Long sukses menghidupkan jalan cerita video muzik Hate That I Made You Love Me ...
Dua Lipa kahwini Callum Turner, hanya 8 tetamu hadir
Berita, Glamour, Hiburan

Dua Lipa kahwini Callum Turner, hanya 8 tetamu hadir

Oleh BIANCA HILMAN PENYANYI sensasi dunia, Dua Lipa, kini sah bergelar isteri kepada pelakon dan mantan model British, Callum Turner, selepas pasangan itu dilaporkan melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis sederhana dan tertutup di Old Marylebone Town Hall, London. Penyanyi berusia 30 tahun itu dan Callum, 36, dikatakan hanya dihadiri lapan tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat dalam upacara yang berlangsung penuh intim. Menurut laporan media antarabangsa, pasangan berkenaan bakal meneruskan sambutan perkahwinan mereka menerusi sebuah acara lebih mewah selama tiga hari di Sicily, Itali, yang dijangka bermula minggu ini. Sumber terdekat pasangan itu turut mendedahkan bahawa Callum dilihat begitu emosional sepanjang majlis berlangsung sehingga meniti...