Sedekad jadi lelaki: Rahsia Nilofar terbongkar
“SAYA bermimpi bahawa gema konflik akan digantikan dengan suara dialog dan persefahaman yang harmoni. Tetapi impian sahaja tidak mencukupi; koleksi kamilah yang akan menjadikan impian ini kenyataan…Keamanan bukan hanya untuk pemimpin dunia, ia bermula dalam komuniti dan rumah kita. Keamanan memerlukan tindakan” - Nilofar Ayoubi
Oleh BIANCA HILMAN
NILOFAR Ayoubi baru berusia 4 tahun apabila seorang yang tidak dikenali memukulnya di jalanan kerana tidak memakai tudung.
Selepas itu, bapanya membuat keputusan yang ekstrem; rambut Nilofar digunting pendek sebelum ibu Nilofar diarahkanny dipakaikan pakaian seperti budak lelaki.
Ia bukan permainan atau gurauan, ia adalah satu-satunya cara yang dia temui untuk dia bergerak dengan lebih bebas di bawah rejim pemerintahan Taliban...










