Sunday, September 6

Suara Wanita

Wanita Pakistan hadapkan kerajaan ke mahkamah kes ‘cukai haid’
Berita, Suara Wanita

Wanita Pakistan hadapkan kerajaan ke mahkamah kes ‘cukai haid’

“DARAH bukan dosa, tapi dikenakan cukai!” Ada sesuatu yang sangat tidak adil bila tubuh wanita yang berdarah setiap bulan - satu proses semula jadi, satu tanda kehidupan, namun anehn dijadikan alasan untuk dikenakan cukai. Di Islamabad, seorang wanita muda berusia 25 tahun, Mahnoor Omer, memutuskan untuk berkata “cukup sudah!”.Dengan fail di tangan dan keberanian di dada, dia membawa kerajaan Pakistan ke mahkamah, menuntut penghapusan apa yang kini dikenali ramai sebagai 'cukai haid' — cukai yang dikenakan ke atas tuala wanita. ⚖️ Pertarungan di Mahkamah: “Mahnoor Omer vs Persekutuan Pakistan Pada bulan September lalu, Mahnoor dan peguamnya, Ahsan Jahangir Khan, memfailkan Litigasi Kepentingan Awam (PIL) di Mahkamah Tinggi Islamabad.Mereka menamakan beberapa jabatan...
Catherine Connolly Presiden Ireland ke-10
Berita, Suara Wanita

Catherine Connolly Presiden Ireland ke-10

CALON bebas berhaluan kiri, Catherine Connolly bakal dilantik Presiden Ireland yang ke-10 selepas memenangi pilihan raya dengan kemenangan besar. Penggubal undang-undang bebas yang telah lama bersuara menyokong rakyat Palestin dan lantang mengenai ketidakpercayaannya terhadap dasar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Connoly itu akan mengisi jawatan Presiden Ireland untuk tujuh tahun akan datang. Keputusan rasmi menunjukkan sokongan pengundi yang kuat untuk Connolly sebagai presiden, meraih majoriri  63 peratus undi sebaik sahaja undi rosak dikecualikan, berbanding 29% saingannya Heather Humphreys, daripada parti kanan tengah Fine Gael. Mengulas kemenanganya, Connolly, 68, dalam kenyataannya di Dublin Castle berkata bahawa beliau akan memperjuangkan kepelbagaian dan menj...
“Amerika Syarikat kini bergerak ke arah titik krisis.” – America Ferrera
Berita, Suara Wanita

“Amerika Syarikat kini bergerak ke arah titik krisis.” – America Ferrera

DALAM dunia hiburan yang sering dikaitkan dengan glamor dan cerita fantasi, pelakon dan aktivis America Ferrera tampil dengan seruan yang menyentuh jiwa — satu panggilan agar Hollywood berani berdiri teguh dalam menghadapi detik politik yang semakin mencabar. Ferrera, yang terkenal dengan lakonannya dalam siri TV popular Ugly Betty dan filem blockbuster global Barbie, menegaskan bahawa kini adalah masanya bagi industri hiburan untuk mencari keberanian mereka sendiri dan menggunakan seni sebagai alat perubahan sosial. “Kita bukanlah nota sampingan kecil yang comel kepada masyarakat sivil — kita adalah masyarakat sivil itu sendiri,” katanya penuh semangat. “Artis dan kisah yang kita ceritakan mempunyai peranan penting pada saat ini.” 🎭 Seni, keberanian dan maruah Dalam ucapan...
Angelina Jolie umum projek perlindungan, pendidikan anak yatim Gaza
Berita, Suara Wanita

Angelina Jolie umum projek perlindungan, pendidikan anak yatim Gaza

Oleh BIANCA HILMAN AKTRES dan aktivis kemanusiaan terkenal Hollywood, Angelina Jolie, sekali lagi menunjukkan sisi kemanusiaannya yang tulus apabila mengumumkan hasrat untuk menubuhkan dana bantuan khas bagi anak-anak yatim di Semenanjung Gaza. Inisiatif ini bertujuan untuk membina sebuah perkampungan bantuan yang menyediakan tempat perlindungan yang selamat serta akses kepada pendidikan, rawatan kesihatan dan sokongan psikologi — khusus buat kanak-kanak yang kehilangan keluarga akibat konflik yang masih berterusan. Dalam kenyataannya, Jolie menegaskan: “Kanak-kanak Gaza berhak mendapat peluang untuk hidup dan berharap, sama seperti kanak-kanak di mana-mana sahaja di dunia.” Bagi Jolie, yang pernah berkhidmat sebagai Duta Muhibah UNHCR dan memenangi Oscar, ini bukan sekada...
Melissa Barrera: Bangkit dari badai, bersinar demi kebenaran
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Melissa Barrera: Bangkit dari badai, bersinar demi kebenaran

Oleh BIANCA HILMAN KETIKA dunia cuba membisukan suaranya, dia memilih untuk terus bersuara – demi kebenaran, kemanusiaan dan dirinya sendiri! Dalam dunia hiburan yang berkilauan, di mana setiap senyuman sering menjadi topeng dan setiap gerak langkah diperhati jutaan mata, Melissa Barrera belajar satu hakikat paling pahit - bahawa menjadi benar tidak selalu bererti disenangi semua pihak.  Namun, bagi wanita berusia 35 tahun  ini, keberanian untuk berdiri atas prinsip lebih berharga daripada sebarang sorotan kamera. Namanya pernah menghiasi poster filem box-office, Scream 5 dan Scream 6, menjadikannya antara pelakon muda Latin paling menonjol di Hollywood.  Tetapi pada November 2023, Melissa menjadi tumpuan dunia bukan kerana lakonannya - sebaliknya kerana keber...
Antara hak & maruah: Suara Nora, solidariti Rossa – nilai sebuah karya
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Antara hak & maruah: Suara Nora, solidariti Rossa – nilai sebuah karya

Oleh BIANCA HILMAN  DI balik kemilau lampu pentas dan siulan peminat, tersembunyi kisah sunyi wanita-wanita tabah yang menjaga legasi insan tersayang - bukan dengan glamor, tetapi dengan suara yang tegas dan hati yang luka. Datuk Nora Ariffin, penyanyi yang dikenali ramai dengan suara balada yang menyentuh jiwa kini berdiri sebagai suara waris kepada arwah suaminya, Johan Nawawi, komposer tersohor negara yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.  Baru-baru ini, namanya kembali jadi tumpuan apabila lagu ikonik, Sinaran yang dipopularkan penyanyi yang juga ikonik, Datuk Sheila Majid telah dirakam semula oleh bintang ikonik Indonesia, Dato’ Seri Rossa, yang didakwa Nora, tanpa penjelasan penuh mengenai keizinan rasmi atau bayaran royalti yang sepatutnya diterima oleh waris...
“Saya ibu yang baik…” – Tapi anak menjauhkan diri
Berita, Suara Wanita

“Saya ibu yang baik…” – Tapi anak menjauhkan diri

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA melihat Victoria Beckham sebagai lambang kejayaan - isteri kepada ikon bola sepak David Beckham, pereka fesyen global, bekas bintang pop tersohir global Spice Girls dengan gelaran ‘Posh Spice’ yang kini memimpin empayar sendiri.  Namun tidak semua kejayaan mampu menyembunyikan luka yang paling peribadi - luka seorang ibu. Victoria Beckham, 51, nama yang disanjung di pentas dunia fesyen dan hiburan, menyimpan rahsia yang jarang diperlihatkan - sebuah hati ibu yang terluka.  Dalam dokumentari terbaharunya yang ditayangkan di Netflix saat ditanya apakah pengertian tajuk episod pertama, Who Is Victoria Beckham Now?, ibu kepada empat anak ini berkata dengan nada tenang tapi sarat dengan beban emosi yang tak terucap: “I am a good mom.” (“Aku seo...
Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel
Berita, Suara Wanita

Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel

Oleh BIANCA HILMAN “Apa yang kami lalui hanya sekelumit daripada apa yang dialami rakyat Palestin.” – Greta Thunberg, aktivis Sweden Dalam suhu membakar 40 darjah Celcius, dengan tangan bergari dan kepala tunduk ke tanah, Greta Thunberg, ikon aktivisme iklim dunia melalui lima hari bagaikan neraka di penjara Israel.  Dia tidak bersendirian. Bersamanya, ratusan aktivis termasuk 23 orang dari Malaysia dari 40 kapal dalam armada bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) cuba menyampaikan ubat dan makanan ke Gaza, wilayah yang dikunci, dibisukan, dan disekat bantuan. Greta ditahan ketika flotilla aktivis GSF diserbu tentera laut Israel pada 1 Oktober 2025. Senjata diacukan, bendera dirampas, ubat-ubatan dibuang ke laut. Di pelabuhan Ashdod, penahanan bertukar menjadi penghinaan. ...
Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!
Berita, Suara Wanita

Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!

Oleh BIANCA HILMAN ARTIS terkenal tanah air, Janna Nick lantang menyuarakan rasa kecewanya terhadap pihak yang mengecam penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk mereka yang mempertikaikan isu mahram. Menerusi satu hantaran penuh emosi tetapi dalam nada kesal dan tegas di media sosial (Facebook) miliknya, Janna menyelar golongan yang membuat komen negatif terhadap para aktivis, khususnya wanita, yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyertai misi bantuan ke Gaza. “Korang (kamu) ingat dorang (mereka) live dekat TikTok tu suka-suka ke? Dorang atas kapal hampir sebulan dengan orang baru, language barrier (kekangan bahasa) lagi. Itu bukan percutian,” tegasnya, Pelakon drama bersiri, Selamat Pengantin Haru ini juga mengkritik sikap sese...
Perempuan tak boleh keluar negara tanpa mahram?
Suara Wanita

Perempuan tak boleh keluar negara tanpa mahram?

Oleh: BIANCA HILMAN SETIAP kali ada wanita ke luar negara untuk misi kemanusiaan (seperti Global Sumud Flotilla) atau kerja, mesti ada yang komen:“Mana mahram dia?”“Tak boleh keluar negara tanpa lelaki!”“Ini dah langgar hukum.” Sabar dulu.Isu mahram bukan semudah 'boleh' atau 'tak boleh'.Ia bukan tentang ‘nak langgar hukum’ atau ‘nak tunjuk moden’. Ini tentang kefahaman konteks dan keperluan semasa. 🧕🏼 Apa kata Islam? Ya, dalam mazhab Syafie dan beberapa mazhab lain, memang disebutkan larangan wanita musafir tanpa mahram, khususnya jika perjalanan itu jauh dan mendedahkan kepada bahaya. TAPI - ulama-ulama semasa telah membuka ruang berdasarkan situasi dan keperluan. Antaranya:Jika perjalanan itu selamat.Jika wanita tersebut dalam kumpulan yang dipercayai (rombong...