Tuesday, July 21

Realiti Kita

15 kerjaya dominan 10 tahun mendatang, potensi masa depan pemasaran digital
Berita, Realiti Kita

15 kerjaya dominan 10 tahun mendatang, potensi masa depan pemasaran digital

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA pekerjaan sedang mengalami perubahan besar akibat perkembangan teknologi, kecerdasan buatan (AI), automasi, perubahan ekonomi global, dan peningkatan keperluan masyarakat moden.  Dalam tempoh 10 tahun akan datang, banyak kerjaya baharu dijangka berkembang pesat, manakala kemahiran tertentu akan menjadi semakin penting untuk kekal relevan dalam pasaran kerja. Kemajuan dalam bidang seperti teknologi digital, kesihatan, tenaga boleh baharu, keselamatan siber, kewangan digital, dan pemasaran dalam talian telah membuka peluang kerjaya yang lebih luas.  Individu yang mampu menguasai kemahiran teknologi, pemikiran kreatif, penyelesaian masalah, dan kebolehan menyesuaikan diri akan mempunyai kelebihan dalam dunia pekerjaan masa hadapan. Antara kerjaya y...
AS kembali serang Iran: Harga minyak global naik, ringgit susut
Berita, Realiti Kita

AS kembali serang Iran: Harga minyak global naik, ringgit susut

Oleh BIANCA HILMAN TEHRAN/KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah dunia melonjak lebih enam peratus pada Rabu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Washington dan Tehran telah berakhir susulan pusingan baharu serangan tentera AS ke atas Iran. Situasi itu mencetuskan kebimbangan baharu terhadap bekalan tenaga global, khususnya dari rantau Asia Barat. Sebaran masa tiga bulan minyak mentah Brent turut melebar kepada AS$2.36 setong, iaitu paras tertinggi sejak 16 Jun. Perkembangan ini mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap ketersediaan bekalan minyak dalam tempoh terdekat apabila ketegangan antara AS dan Iran terus memuncak. Penanda aras minyak mentah Brent meningkat sebanyak 6.52 peratus atau AS$4.69 untuk didagangkan hampir...
Lelaki fitnah Tok Batin sorok Jaslinda diberkas polis
Berita, Realiti Kita

Lelaki fitnah Tok Batin sorok Jaslinda diberkas polis

Oleh BIANCA HILMAN  IPOH: Lelaki yang tular di media sosial kerana didakwa memfitnah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd. Asmadi Abdullah berhubung kes penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, telah diberkas polis hari ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim dilaporkan media sebagai berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh pada jam 1 tengah hari. “Setakat ini, kita telah menerima 11 laporan polis berhubung kandungan berunsur fitnah terhadap tok batin yang dimuat naik di media sosial. “Permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat di mahkamah esok, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut,”  katanya,, di sini hari ini. Menurut beliau, kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut...
Jaslinda ditemui selamat selepas 14 hari hilang
Berita, Realiti Kita

Jaslinda ditemui selamat selepas 14 hari hilang

Oleh BIANCA HILMAN IPOH: Selepas 14 hari bertarung dengan ketakutan, kelaparan dan ketidakpastian di tengah hutan belantara, pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih akhirnya ditemui dalam keadaan selamat petang tadi. Berita penemuan Jaslinda Saludin, 49, membawa sinar kegembiraan kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak pernah berhenti berharap agar keajaiban berlaku. Pendaki wanita itu ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh, selepas lebih dua minggu menjadi fokus operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang mencuri perhatian seluruh negara. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, Jaslinda ditemui oleh seorang penduduk Orang As...
AI hasilkan virus lindungi dunia daripada pandemik
Berita, Realiti Kita

AI hasilkan virus lindungi dunia daripada pandemik

Oleh ZARA JANE DUNIA perubatan sedang melangkah ke era baharu apabila teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk menghasilkan vaksin generasi seterusnya yang berpotensi melindungi manusia daripada pelbagai jenis virus, termasuk ancaman pandemik pada masa hadapan. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge dilaporkan telah mencipta sejarah apabila berjaya merekabentuk komponen utama vaksin menggunakan AI sepenuhnya, sebelum ia diuji ke atas manusia.  Pencapaian itu disifatkan sebagai satu terobosan yang mampu mengubah landskap pembangunan vaksin global, lapor The Independent. Vaksin berkenaan dibangunkan bagi memberi perlindungan menyeluruh terhadap keluarga coronavirus, termasuk semua varian COVID-19 serta virus yang berpotensi berpindah daripada haiwan kepada m...
Influencer seni Amerika ditemui mati di hotel Brazil
Berita, Realiti Kita

Influencer seni Amerika ditemui mati di hotel Brazil

Oleh BIANCA HILMAN SAO PAULO: Seorang influencer Amerika SyarikaT yang terkenal dengan ulasan seninya ditemui mati di bilik hotel selepas pergi ke Brazil untuk pembedahan kosmetik. Hilde Lynn Helphenstein, 40, yang menyiarkan di Instagram dengan nama pengguna @JerryGogosian, ditemui mati pada hujung minggu di dalam biliknya di hotel Rosewood, lapor saluran berita Brazil G1 Globo, lapor New York Daily News memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. Seorang lelaki yang mendakwa sebagai pakar bedah plastiknya muncul di sana pada 31 Mei 2026, memberitahu kakitangan bahawa dia tidak dapat menghubunginya. Sehubungan itu, pihak pengurusan seterusnya menghubungi ambulans, dan responden pertama mengesahkan Helphenstein mati di tempat kejadian.  Menurut Art Review, pihak berkuasa...
Gagal rayuan: Wanita, tiga penjamin diarah bayar pinjaman MARA RM857, 000
Berita, Realiti Kita

Gagal rayuan: Wanita, tiga penjamin diarah bayar pinjaman MARA RM857, 000

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan tiga penjaminnya diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar semula pinjaman pendidikan berjumlah RM857,000 kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas gagal menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di University of Cambridge, United Kingdom. Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Darmafikri Abu Adam yang memutuskan bahawa peminjam, Siti Norbaya Ahmad Nor, 45,  telah melanggar syarat perjanjian pinjaman apabila gagal menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh MARA. Mahkamah turut memutuskan bahawa tiga individu yang bertindak sebagai penjamin bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk menjelaskan hutang tersebut berdasarkan syarat perjanjian yan...
Cacing pemakan daging dikesan di Texas
Berita, Realiti Kita

Cacing pemakan daging dikesan di Texas

Oleh ZARA JANE TEXAS: Industri penternakan Amerika Syarikat (AS) berdepan kebimbangan baharu apabila satu kes disyaki melibatkan parasit berbahaya dikenali sebagai ‘New World screwworm’ atau cacing pemakan daging dikesan di selatan Texas. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), sampel yang diambil daripada dua ekor anak lembu di sebuah ladang ternakan di La Pryor, Texas kini sedang menjalani ujian lanjut di makmal persekutuan selepas keputusan awal menunjukkan hasil positif. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘positif andaian’, bermakna ujian awal menunjukkan tanda-tanda kehadiran parasit berkenaan, namun pengesahan rasmi masih belum diperoleh. Sekiranya disahkan, ia bakal menjadi ancaman serius kepada sektor ternakan negara itu yang sejak lebih setahun lalu berus...
Harga bahan api turun, kerajaan kekal pertahan subsidi bersasar
Berita, Realiti Kita

Harga bahan api turun, kerajaan kekal pertahan subsidi bersasar

Oleh ZARA JANE KUALA LUMPUR: Pengguna kenderaan di seluruh negara menerima sedikit kelegaan apabila harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 4 hingga 10 Jun 2026 diturunkan selaras dengan pelaksanaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Penurunan tersebut didorong oleh penyusutan purata harga petroleum di pasaran antarabangsa pada minggu lalu.  Namun begitu, Kementerian Kewangan mengingatkan bahawa perkembangan itu tidak boleh dianggap sebagai petanda bahawa pasaran minyak dunia telah kembali stabil. Menurut kementerian, ketidaktentuan masih menyelubungi pasaran global susulan konflik berterusan di Asia Barat yang kini menghampiri tempoh 100 hari.  Krisis tersebut terus memberi kesan kepada rantaian bekalan tenaga dunia dan mencetuskan kebimbangan terhadap ...
Pendaki hilang: Apabila kecuaian menyusahkan banyak pihak
Berita, Realiti Kita

Pendaki hilang: Apabila kecuaian menyusahkan banyak pihak

Oleh BIANCA HILMAN INSIDEN pendaki sesat atau hilang di kawasan pergunungan bukan lagi perkara baharu di Malaysia.  Setiap kali kejadian seumpama ini berlaku, tumpuan masyarakat bukan sahaja terarah kepada nasib mangsa, malah kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan ratusan anggota pelbagai agensi. Kes kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah, sejak 24 Mei lalu sehingga sekarang gagal ditemui sekali lagi membuka perbincangan mengenai aspek keselamatan pendakian dan tanggungjawab individu ketika melakukan aktiviti rekreasi berisiko. Operasi SAR yang dijalankan selama beberapa hari membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, malim gunung, komunit...