Tuesday, July 21

Berita

15 kerjaya dominan 10 tahun mendatang, potensi masa depan pemasaran digital
Berita, Realiti Kita

15 kerjaya dominan 10 tahun mendatang, potensi masa depan pemasaran digital

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA pekerjaan sedang mengalami perubahan besar akibat perkembangan teknologi, kecerdasan buatan (AI), automasi, perubahan ekonomi global, dan peningkatan keperluan masyarakat moden.  Dalam tempoh 10 tahun akan datang, banyak kerjaya baharu dijangka berkembang pesat, manakala kemahiran tertentu akan menjadi semakin penting untuk kekal relevan dalam pasaran kerja. Kemajuan dalam bidang seperti teknologi digital, kesihatan, tenaga boleh baharu, keselamatan siber, kewangan digital, dan pemasaran dalam talian telah membuka peluang kerjaya yang lebih luas.  Individu yang mampu menguasai kemahiran teknologi, pemikiran kreatif, penyelesaian masalah, dan kebolehan menyesuaikan diri akan mempunyai kelebihan dalam dunia pekerjaan masa hadapan. Antara kerjaya y...
Puji filem The Odyssey: Elon Musk kutuk Tom Holland
Berita, Hiburan

Puji filem The Odyssey: Elon Musk kutuk Tom Holland

Oleh BIANCA HILMAN Elon Musk sekali lagi mencetuskan kontroversi di platform X apabila menggelar seorang pengguna bernama Tom Holland sebagai ‘c**k’ ketika perdebatan mengenai filem terbaharu arahan pengarah prolifik Christopher Nolan, The Odyssey. Bagaimanapun, kenyataan itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial kerana ramai menyangka Musk menyasarkan pelakon Tom Holland yang terkenal menerusi watak Spider-Man dan siri filem superhero Marvel itu; yang  turut membintangi The Odyssey. Sebenarnya, individu yang dimaksudkan Musk ialah Tom Holland, seorang ahli sejarah dan penulis British, yang berkongsi pandangan positif mengenai filem tersebut di X. Tujuh pelakon utama filem The Odyssey (dari kiri), Robert Pattinson, Lupita Nyong'o, Tom Holland, Anne H...
AS kembali serang Iran: Harga minyak global naik, ringgit susut
Berita, Realiti Kita

AS kembali serang Iran: Harga minyak global naik, ringgit susut

Oleh BIANCA HILMAN TEHRAN/KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah dunia melonjak lebih enam peratus pada Rabu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Washington dan Tehran telah berakhir susulan pusingan baharu serangan tentera AS ke atas Iran. Situasi itu mencetuskan kebimbangan baharu terhadap bekalan tenaga global, khususnya dari rantau Asia Barat. Sebaran masa tiga bulan minyak mentah Brent turut melebar kepada AS$2.36 setong, iaitu paras tertinggi sejak 16 Jun. Perkembangan ini mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap ketersediaan bekalan minyak dalam tempoh terdekat apabila ketegangan antara AS dan Iran terus memuncak. Penanda aras minyak mentah Brent meningkat sebanyak 6.52 peratus atau AS$4.69 untuk didagangkan hampir...
Selepas kutipan cecah RM1.4 bilion, ‘Obsession’ muncul di Malaysia 25 Jun ini
Berita, Hiburan

Selepas kutipan cecah RM1.4 bilion, ‘Obsession’ muncul di Malaysia 25 Jun ini

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Dunia perfileman dikejutkan dengan kejayaan luar biasa filem seram-thriller, Obsession yang kini secara rasmi telah melepasi kutipan AS$300 juta (lebih RM1.4 bilion) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh dunia, walaupun dihasilkan dengan bajet yang dilaporkan hanya sekitar antara AS$750,000 hingga AS$1 juta. Dalam era yang didominasi filem francais dan produksi berskala besar dengan kos ratusan juta dolar, Obsession muncul sebagai bukti bahawa karya asli dan penceritaan yang kuat masih mampu menawan hati penonton global. Ditulis dan diarahkan oleh pemuda berusia 26 tahun, Curry Barker yang sebelum ini mencipta nama sebagai YouTuber,  filem ini bermula sebagai sebuah projek seram indie berskala kecil sebelum berkembang menjadi fenomena bu...
‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 
Berita, Hiburan

‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 

Susunan BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Gabungan magis francais filem Toy Story dan pengaruh luar biasa populariti Taylor Swift mencipta fenomena terkini global apabila siri kelimanya, Toy Story 5 mencatat kutipan pembukaan (hasil kutipan hujung minggu Jumaat-Ahad) terbesar tahun ini mencecah AS$312 juta (RM1.47 bilion), manakala lagu tema filem itu alunan Taylor Swift,  I Knew It, I Knew You menduduki tangga teratas carta Billboard Hot 100. Filem terbaharu Disney dan Pixar itu meraih kutipan domestik (Amerika Utara) sebanyak AS$160 juta (RM753 juta) pada hujung minggu pembukaannya, sekali gus memecahkan rekod francais yang sebelum ini dipegang oleh Toy Story 4 dengan AS$120 juta pada 2019. Di peringkat antarabangsa, Toy Story 5 turut mencatat prestasi cemerlang dengan kutipan AS$...
Lelaki fitnah Tok Batin sorok Jaslinda diberkas polis
Berita, Realiti Kita

Lelaki fitnah Tok Batin sorok Jaslinda diberkas polis

Oleh BIANCA HILMAN  IPOH: Lelaki yang tular di media sosial kerana didakwa memfitnah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd. Asmadi Abdullah berhubung kes penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, telah diberkas polis hari ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim dilaporkan media sebagai berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh pada jam 1 tengah hari. “Setakat ini, kita telah menerima 11 laporan polis berhubung kandungan berunsur fitnah terhadap tok batin yang dimuat naik di media sosial. “Permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat di mahkamah esok, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut,”  katanya,, di sini hari ini. Menurut beliau, kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut...
Sedekad jadi lelaki: Rahsia Nilofar terbongkar
Berita, Suara Wanita

Sedekad jadi lelaki: Rahsia Nilofar terbongkar

“SAYA bermimpi bahawa gema konflik akan digantikan dengan suara dialog dan persefahaman yang harmoni. Tetapi impian sahaja tidak mencukupi; koleksi kamilah yang akan menjadikan impian ini kenyataan…Keamanan bukan hanya untuk pemimpin dunia, ia bermula dalam komuniti dan rumah kita. Keamanan memerlukan tindakan” - Nilofar Ayoubi Oleh BIANCA HILMAN NILOFAR Ayoubi baru berusia 4 tahun apabila seorang yang tidak dikenali memukulnya di jalanan kerana tidak memakai tudung.  Selepas itu, bapanya membuat keputusan yang ekstrem; rambut Nilofar digunting pendek sebelum ibu Nilofar diarahkanny dipakaikan pakaian seperti budak lelaki.  Ia bukan permainan atau gurauan, ia adalah satu-satunya cara yang dia temui untuk dia bergerak dengan lebih bebas di bawah rejim pemerintahan Taliban...
Ariana Grande dan Ethan Slater berpisah selepas tiga tahun
Berita, Hiburan

Ariana Grande dan Ethan Slater berpisah selepas tiga tahun

Oleh BIANCA HILMAN HOLLYWOOD, California: Ariana Grande dan Ethan Slater telah menamatkan hubungan mereka selepas hampir tiga tahun bersama. Pasangan itu berpisah secara senyap dan baik-baik beberapa bulan yang lalu, kata sumber kepada majalah People. “Mereka memberi banyak masa dan pertimbangan yang teliti dan memutuskan untuk berpisah. Mereka masih berkawan dan sangat menyokong satu sama lain,” tambah sumber itu. Penyanyi dan pelakon berusia 32 tahun itu pertama kali bertemu Slater, 34, pada tahun 2023 ketika mereka menjalani penggambaran filem dalam filem adaptasi moden muzikal teater, Wicked. Ariana membintangi dua siri filem sebagai Glinda, ahli sihir yang baik dalam kedua-dua filem itu, manakala Slater melakonkan watak Boq Woodsman, yang kemudiannya diubah menjadi Tin ...
‘Single’ terbaharu Ariana Grande No. 1 dunia
Berita, Hiburan

‘Single’ terbaharu Ariana Grande No. 1 dunia

Oleh BIANCA HILMAN SINGLE terbaharu Ariana Grande, Hate That I Made You Love Me  kini dijulang sebagai lagu No1 dunia membuat penampilan sulung di kedudukan teratas pada kedua-dua carta Billboard Global 200 dan Billboard Global Excl. A.S, serta carta Billboard Hot 100 pada minggu ini. Hate That I Made You Love Me merupakan lagu pertama yang ditampilkan sebelum single pertama dari album studio kelapannya, Petal akan dilancarkan oada 31 Julai 2026. Kejayaan Hate That I Made You Love Me susulan ia telah mencatatkan 63.4 juta strim dan terjual 81,000 muat turun di seluruh dunia sejak daripada tarikh pelancarannya pada 29 Mei hingga 4 Jun 2026, menurut Luminate. Sebelum ini Ariana meraih No.1 Global 200 dengan single, We Can’t Be Friends (Wait for Your Love) (selama satu mi...
Scary Movie 6 ‘box-office’ AS$106 juta, Masters of The Universe AS$54 juta
Berita, Hiburan

Scary Movie 6 ‘box-office’ AS$106 juta, Masters of The Universe AS$54 juta

Oleh BIANCA HILMAN HOLLYWOOD, California: Scary Movie 6, siri keenam dalam francais Scary Movie memecah rekodnya sendiri dengan meraih kutipan tayangan awal hujung minggu (Jumaat-Ahad) di pasaran global mencecah AS$105.5 juta berbanding kos pembikinannya AS$30 juta. Filem yang tidak diluluskan tayangannya di Malaysia itu kembali menampilkan empat utama pelakon filem asalnya, Scary Movie (yang ditayangkan pada tahun 2000), iaitu Marlon Wayans, Shawn Wayans, Anna Faris, dan Regina Hall - naskhah yang dihasilkan dengan bajet cuma AS$19 juta tetapi meraih kutipan keseluruhan mencecah AS$287 juta. Sementara sekuel pertamanya, Scary Movie 2 (2001), mengumpul kutipan keseluruhan AS$141.2 juta (berbanding kos pembikinan AS$45 juta); diikuti Scary Movie 3 (2003) dengan kutipan terkumpul AS...