Gigi & Bella Hadid kembali ke pentas Victoria’s Secret: Fesyen, kepelbagaian & evolusi
Oleh BIANCA HILMAN
TAHUN ini, dunia fesyen menyaksikan kebangkitan semula salah satu acara paling ikonik — Victoria’s Secret Fashion Show 2025.
Dan kali ini, ia hadir dengan nafas baru yang lebih segar, lebih inklusif, dan pastinya lebih relevan dengan generasi masa kini.
Apa yang lebih menarik, dua nama besar kembali mencuri perhatian: supermodel Gigi Hadid dan Bella Hadid, yang tampil penuh bergaya dan keyakinan di pentas berprestij itu.
Gaya mewah, tenang & moden – Adik-beradik Hadid
Kehadiran Gigi dan Bella Hadid sememangnya dinanti-nantikan. Kedua-duanya tampil bukan hanya sebagai model, tetapi sebagai simbol wanita moden - yakin, berdikari dan tahu apa yang mereka mahu dalam hidup dan kerjaya.
Gigi Hadid membawa aura matang dan klasik, menge...







