Saturday, May 23

Huntrix pecah rekod! Atasi Blackpink, Destiny’s Child, BTS

Oleh BIANCA HILMAN

SIAPA sangka, grup fiksyen animasi kini muncul menjadi legenda global di alam nyata? 

Huntrix (atau asalnya Huntr/x), kumpulan K-pop dari alam naskhah animasi K-Pop Demon Hunters – filem paling popular di Netflix buat masa ini, telah memecahkan rekod dunia sebenar dengan lagu hit mereka, Golden. Gempak kan?

Bayangkan – Golden kini menjadi lagu pertama dari ‘girl group’ K-pop yang berjaya capai No. 1 di Billboard Hot 100 dan kekal di situ sehingga kini selama tiga minggu berturut-turut! 

Takhta ini biasanya dikuasai penyanyi-penyanyi bertaraf superstar Hollywood seperti The Beatles, Michael Jackson, Mariah Carey, Taylor Swift, Ariana Grande dan yang seumpamanya.

Sebelum ini, Blackpink paling hampir, dengan lagu Ice Cream featuring Selena Gomez yang naik sampai hanya No. 13.

Lagi padu, pencapaian Huntrix ini juga berjaya pecahkan rekod Destiny’s Child (yang turut dianggotai Beyonce).

Kali terakhir Destiny’s Child berada di takhta No. 1 Billboard ialah ketika muncul dengan lagu Bootylicious pada tahun 2001 dan kekal di situ selama dua minggu berturut-turut. 

Ya, sudah 24 tahun rekod yang dipegang oleh Destiny’s Child tetapi kini dipecahkan oleh Huntrix!

Ejae yang bakal muncul dengan lagi solo sulungnya berhasrat untuk berkolaborasi dengan Lisa Blackpink dan Doja Cat (FOTO: Medsos).

Bukan setakat global, Huntrix jugak ‘meletup habis’ ‘di Korea Selatan. Lagu Golden berjaya kumpul 656 Perfect All-Kills (PAKs) –  satu pencapaian luar biasa yang pecah rekod dua grup popular K-pop, BTS dan NewJeans! 

PAKs ini maksudnya lagu itu No. 1 di semua carta digital utama serentak – bukan calang-calang.

Jika sebelum ini ketiga-tiga anggota Huntrix dalam filem K-Pop Demon Hunters dikenali Rumi, Mira dan Zoey. Kisahnya pada zaman dahulu, kaum syaitan menangkap dan menyuapkan jiwa manusia kepada penguasa mereka, Gwi-Ma, sehingga tiga orang wanita terpilih menjadi pemburu syaitan dan mengurung kaum syaitan dengan penghalang ajaib yang dikenali sebagai ‘Honmoon’.

Warisan mereka berterusan merentas generasi, dengan setiap trio baharu menggunakan suara nyanyian mereka untuk memelihara Honmoon dan berusaha mengukuhkannya menjadi Honmoon Emas, iaitu meterai pelengkap yang menghalang syaitan daripada memasuki dunia manusia secara berkekalan.

Pada masa kini, kumpulan gadis K-pop Huntrix yang terdiri daripada Rumi, Mira dan Zoey itumerupakan trio pemburu syaitan terbaharu di bawah bimbingan Celine, pemburu terdahulu yang sebelum ini membesarkan Rumi.

Tiga watak utama filem animasi Netflix, K-Pop Demon Hunters (dari kiri), Zoey, Rumi, dan Mira (FOTO: Medsos)

Selepas melengkapkan jelajah dunia mereka, Huntrix mengeluarkan dan bersedia untuk persembahan langsung pertama single baharu, Golden, sehingga Rumi mula kehilangan suara kerana warisan syaitan rahsianya, yang hanya Celine tahu.

Sewaktu kecil, Rumi diberitahu oleh Celine bahawa belang-belang syaitan pada badannya akan terpadam apabila Honmoon bertukar menjadi emas.

Dalam filem, vokal untuk lagu Golden dan lain-lain lagu sebenarnya menggunakan suara asal EJAE (bagi watak Rumi), Audrey Nuna (Mira) dan Rei Ami (Zoey).

Baik mari kenali sipaa EJAE, Audrey Nuna, dan Rei Ami?

Ejae lahir dan dibesarkan di Amerika Syarikat, tapi dia ada darah Korea yang kuat dalam dirinya. Dia wujud dalam ‘kembar budaya’ antara dua dunia:

Korea — sumber inspirasi muzik, bahasa, dan budaya; dan Amerika Syarikat — tempat dia membesar, belajar dan membentuk gaya uniknya.

Gabungan kedua-dua budaya Korea dan Amerika dalam dirinya menjadikan Ejae sangat versatil — boleh menyanyi dalam dua bahasa, dan vokalnya unik sebab campuran gaya K-pop dan R&B Amerika.

Jimmy Fallon (kanan) teruja di samping (dari kanan) Audrey Nuna, EJAE dan Rei Ami dalam program bual bicara, The Tonight Show. (FOTO: Medsos)


EJAE yang mula aktif sebagai penyanyi dan penulis lagu sejak muda lagi akhirnya dipertemukan dengan Audrey Nuna dan Rei Ami untuk projek filem K-Pop Demon Hunters yang memerlukan suara dan personaliti yang bukan sahaja hebat secara teknikal, tapi juga mampu menghidupkan watak fiksyen ketiga-tiga anggota Huntrix dengan dengan penuh emosi dan tenaga.

EJAEdipilih sebagai vokalis utama Huntrix – Rumi terutama kerana suara dan kemampuannya menghidupkan emosi lagu Golden. Rei Ami, asal dari Jepun pula terkenal sebagai penari dan penyanyi berbakat, dengan gaya futuristik dan konsep yang unik, dipilih khusus untuk vokal Zoey.

Sementara Audrey Nuna, rapper dan penyanyi R&B dari Amerika, membawa vibe urban moden dan flow rap yang power diberikan kepercayaan untuk vokal Mira.

Dari hanya penyumbang vokal Huntrix dalam filem animasi, ketiga-tiga EJAE, Audrey Nuna dan Rei Ami kini menggegar persada dunia muzik global dan kian menuju puncak kemasyhuran dan kejayaan.

Ia berlaku sekelip mata khususnya selepas mereka bertiga mengesah dan membuktikan kewujudan diri dan aura masing-masing di alam nyata, sejurus kemunculan buat julung kali mengadakan persembahan secara live mengalunkan lagu Golden dalam program The Tonight Show kelolaan hos tersohor, Jimmy Fallon pada 7 Oktober 2025. Baru minggu lepas tu!

Gabungan dua budaya, Korea dan Amerika dalam dirinya menjadikan EJAE, figura penakluk dunia muzik global (FOTO: Medsos)

Apa perkembangan terkini mereka? EJAE yang bakal muncul dengan solo sulungnya terutamanya dikhabarkan akan terbang ke Korea Selatan dalam minggu ini, dan dijangka muncul di rancangan televisyen Korea You Quiz on the Block.

Kunjungan ke Korea ini juga disertai dengan rancangan untuk sidang media di Seoul, di mana dia akan bercerita tentang fenomena K-Pop Demon Hunters, lagu Golden, serta perjalanan hidup dan kariernya.

Dalam satu interviu di iHeartRadio Music Festival, Ejae berkongsi impian mahu berkolaborasi dengan anggota Blackpink, Lisa.

Katanya, Lisa sangat berbakat dan dia memang peminat Lisa. EJAE juga mention nama-nama besar lain macam Doja Cat, Raye, dan Maroon 5.

Yang menariknya — Lisa pun pernah cakap dia mahu kolaborasi dengan Doja Cat. Hmm… mungkin lepas ini Lisa × EJAE × Doja Cat? Kita nantikan!