Bunuh model, arkitek: Penerbit Hollywood dipenjara 146 tahun
Oleh BIANCA HILMAN
SEORANG penerbit Hollywood yang disabitkan kesalahan pada awal tahun ini kerana membunuh seorang model dan rakannya pada 2021 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau selama 146 tahun.
Pejabat Peguam Daerah Los Angeles dalam kenyataan media pada 29 Oktober 2025, berkata David Brian Pearce, 42, didapati bersalah atas dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama susulan kematian model, Christy Giles berusia 24 tahun dan rakannya, Hilda Marcela Cabrales-Arzola, seorang arkitek berusia 26 tahun akibat pengambilan berlebihan dadah fentanyl.
Pearce juga disabitkan dengan jenayah rogol dan serangan seksual lain terhadap tujuh wanita lain antara 2007 dan 2021.
Dia didakwa pada Julai 2022 dalam kematian berkaitan dadah.
Timbalan Peguam Daerah Seth Carmack memberitahu ...










