
Oleh BIANCA HILMAN
EJAE bukan sekadar nama baharu dalam industri muzik. Sebelum muncul gah sebagai Huntrix (atau Huntr/X) bersama Audrey Nuna dan Rey Ami untuk filem animasi Netflix, K-Pop Demon Hunters, EJAE mengharungi 12 tahun sebagai pelatih di SM Entertainment, agensi ‘kilang’ K-Pop tersohor di Korea Selatan.
Setiap hari dipenuhi latihan yang melelahkan, kegagalan demi kegagalan, dan impian yang seakan jauh dari jangkauan. Namun, tabahnya tidak pernah pudar.
Malah yang menyedihkan, dia akhirnya dikejutkan dengan ‘label’ dirinya ‘sudah berusia’ untuk mencipta nama sebagai bintang K-Pop.
Tidak sesekali lelah dan kalah dengan label negatif itu, dia sebalik tabah dan bangkit – kebangkitan yang membuahkan hasil.
✈️ Hijrah ke Amerika Syarikat, kembangkan bakat
Langkah pertama, anak kelahiran Korea Selatan berhijrah ke Amerika Syarikat dan kini memiliki dua kerakyatan.
Di Amerika, EJAE mengembangkan bakatnya dalam penciptaan lagu.
Tuah buatnya apabila lagu asal runut bunyi (OST) utama filem animasi itu yang sudah tentu ciptaannya, Golden, menggunakan vokalnya sendiri untuk watak Rumi dalam filem animasi itu, menjadi fenomena global – menduduki takhta No.1 Billboard Hot 100 selama lapan minggu berturut-turut, selain juga memuncak di carta UK.
🎵 Golden dan fenomena global
Sementelah itu, K-Pop Demon Hunters mencipta rekod sebagai filem popular No.1 Netflix – berjaya mencapai lebih dari 314.2 juta tontonan sejak dilancarkan pada 20 Jun 2025.
Malam Golden yang jatuh ke tangga ke-13, selepas 12 lagu dari album terbaharu Taylor Swft merampas 12 tempat teratas carta tersebut sebaliknya pada minggu merampas tempat ketiga – membuktika walaupun lagu sudah 3 bulan lepas dilancarkan, ia masih hangat ketika ini.
👯 Huntrix: Persona baharu di pentas global
Justeru, EJAE bersama Audrey Nuna dan Rey Ami kini muncul sebagai trio Huntrix, persona baharu persada muzik global yang memancarkan kreativiti dan identiti uniknya.
🤝 Kontrak eksklusif dengan WME
Kini, langkah EJAE semakin besar. Pada 22 Oktober 2025, sebagaimana dilaporkan oleh Variety, EJAE telah menandatangani kontrak eksklusif dengan William Morris Endeavor (WME), agensi global yang mewakili bintang antarabangsa seperti Lisa Blackpink, Angelina Jolie, Hugh Jackman, dan Ryan Gosling.
Dengan sokongan WME, EJAE kini bersedia memulakan aktiviti global berskala penuh secara solo – membuka peluang kolaborasi dengan artis-artis terkenal dunia.
💖 Impian berkolaborasi dengan Lisa Blackpink
Bercakap mengenai impiannya, EJAE tidak menutup kemungkinan untuk berkolaborasi dengan Lisa Blackpink, bintang K-pop yang disegani dunia itu.
“Berkolaborasi dengan Lisa adalah impian saya,” katanya dalam satu interviu di iHeartRadio Music Festival baru-baru ini, sambil menekankan bahawa muzik adalah bahasa universal yang menghubungkan hati ramai orang.
🌈 Inspirasi untuk wanita muda
Perjalanan EJAE menjadi inspirasi bagi wanita muda yang berani mengejar impian walaupun menghadapi cabaran besar.
Dari tahun-tahun yang penuh pengorbanan sebagai pelatih, hingga muncul gah di pentas global, EJAE membuktikan bahawa tabah, dedikasi, dan keyakinan diri adalah kunci kejayaan.
Selepas kejayaan bersama Huntrix, saat kembali ke Korea Selatan sebagai bintang undangan program You Quiz on the Block, EJAE meluahkan:
“Saya berasa sedih kerana tidak dapat debut selepas menghabiskan 12 tahun sebagai pelatih SM Entertainment. Walaupun saya terluka, saya tidak pernah berputus asa.”
✨ ‘Kata-kata emas’ Voolora
Berdasarkan liku-liku perjalanan karier EJAE, Voolora titipkan kepada setiap Voolorians 10 ‘kata-kata emas’ sebagai motivasi super padu dalam menjalani kehidupan penuh onak dan duri, agah tabah dan ‘strong’ sentiasa:
🌟 “Impian besar lahir dari hati yang tidak pernah menyerah.”
💪 “Setiap yang jatuh adalah batu loncatan menuju bintangmu.”
⏳ “Kesabaran hari ini adalah kejayaan esok yang gemilang.”
🌈 “Berani bermimpi, berani berjuang, berani bersinar.”
🔥 “Kegagalan hanyalah cara dunia mengajar ketabahanmu.”
🐾 “Langkah kecil yang konsisten membawa ke puncak besar.”
❤️ “Jangan takut terluka, kerana luka adalah tanda berani mencuba.”
✍️ “Hati yang tekun menulis kisah kejayaan yang abadi.”
💡 “Dari gelap dan cabaran lahirlah cahaya yang paling terang.”
