Pop-up imersif Kpop Demon Hunters di Singapura – Malaysia tidak tersenarai 😢
Oleh BIANCA HILMAN
PEMINAT Kpop Demon Hunters pasti teruja dengan pengumuman terbaharu ini! Dunia futuristik dan penuh warna-warni Huntr/x serta Saja Boys bakal dihidupkan dalam acara pop-up imersif eksklusif yang akan berlangsung di Singapura dari 22 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Jelajah istimewa ini akan bermula di Seoul pada 4 Disember, sebelum bergerak ke Singapura, Bangkok, Tokyo, dan berakhir di Taipei.
Namun, agak mengecewakan buat peminat tempatan apabila Malaysia tidak termasuk dalam senarai destinasi jelajah kali ini.
Trio Huntr/x (dari kiri) Mira, Rumi dan Zoey (FOTO: Medsos).
Walaupun maklumat lanjut seperti lokasi dan tiket rasmi belum diumumkan, acara ini dijangka menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan - dengan dunia neon bertemakan...




