
Oleh BIANCA HILMAN
SELEPAS diserbu, diserang dan dirampas oleh kemunculan 12 lagu baharu Taylor Swift dari album terbaharunya, The Life of a Showgirl yang menguasai kesemua carta popular termasuk Billboard Hot 100 (untuk lagu terlaris di pasaran) dan Billboard Hot 200 (senarai album terlaris); lagu popular Huntrix, Golden sukses memecah monopoli Swift dengan memasuki semula carta Spotify Global – merampas di kedudukan No. 3 dengan 8 juta penstriman.

Sementara di carta Billboard Global bertarikh untuk minggu 18 Oktober 2025, Golden merupakan satu-satunya lagu yang bukan lagu Taylor Swift berada dalam senarai Top 10 – mengungguli No.2 dengan The Fate of Ophelia pada No.1.
Golden juga satu-satunya bukan lagu-lagu Swift dalam senarai Top 10 Billboard Global 200 – pada No. 5.


Huntrix 💪