Trend ‘shopping’ wanita Malaysia 2026: Apa yang sedang tular?
Oleh BIANCA HILMAN
DUNIA membeli-belah di Malaysia kini mengalami perubahan besar. Jika dahulu pengguna hanya menunggu jualan mega atau mengunjungi pusat beli-belah pada hujung minggu, trend 2026 menunjukkan wanita Malaysia semakin memilih pengalaman membeli-belah yang lebih pantas, interaktif dan berbaloi.
Daripada sesi live shopping di TikTok sehingga pencarian produk kecantikan halal dan mesra alam, corak perbelanjaan wanita moden kini banyak dipengaruhi oleh teknologi, kandungan media sosial serta kesedaran terhadap nilai sesuatu produk.
‘Live shopping’ jadi racun ‘baharu’ pengguna
Trend live shopping terus menjadi fenomena di Malaysia. Ramai pengguna kini membuat keputusan pembelian selepas menonton sesi siaran langsung yang memaparkan demonstrasi produk, ulasan jujur dan ...





