
Oleh BIANCA HILMAN
HOLLYWOOD, California: Ariana Grande dan Ethan Slater telah menamatkan hubungan mereka selepas hampir tiga tahun bersama.
Pasangan itu berpisah secara senyap dan baik-baik beberapa bulan yang lalu, kata sumber kepada majalah People.
“Mereka memberi banyak masa dan pertimbangan yang teliti dan memutuskan untuk berpisah. Mereka masih berkawan dan sangat menyokong satu sama lain,” tambah sumber itu.
Penyanyi dan pelakon berusia 32 tahun itu pertama kali bertemu Slater, 34, pada tahun 2023 ketika mereka menjalani penggambaran filem dalam filem adaptasi moden muzikal teater, Wicked.
Ariana membintangi dua siri filem sebagai Glinda, ahli sihir yang baik dalam kedua-dua filem itu, manakala Slater melakonkan watak Boq Woodsman, yang kemudiannya diubah menjadi Tin Man.
Selepas hubungan mereka diumumkan secara rasmi Instagram dalam kehidupan sebenar pada tahun 2024, pasangan itu muncul bersama di acara promosi untuk Wicked (2025) dan sekuelnya, Wicked: For Good (2026).
Namun, kedua-duanya kini telah memuktamadkan perpisahan mereka, sejurus single terbaharu Ariana, Hate That I Made You Love Me.
Hujung minggu lalu, Grande memulakan jelajah Eternal Sunshine yang telah lama dinanti-nantikan – yang pertama sejak 2019.
Persembahan langsung itu diadakan tiga tahun selepas album Eternal Sunshine dikeluarkan, dan menjelang album studio terbaharu Grande yang bakal dilancarkan pada Julai Petal, yang akan dikeluarkan bulan depan dan telah didahului oleh single Hate That I Made You Love Me.
Dalam video muzik lagu itu, Ariana muncul bersama aktor Justin Long dalam plot yang memaparkan mereka sebagai pasangan bercinta yang saling berusaha menguburkan kenangan cinta antara mereka.
Bintang pop itu, yang juga dikenali dengan lagu-lagu hit termasuk Thank U, Next, 7 Rings dan Break Up With Your Girlfriend lebih menumpukan pada dunia lakonan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan berkata pada bulan November lepas, konsert jelajahnya itu akan menjadi yang terakhir untuk tempoh masa yang lama. – VOOLORA 10/6/2026
