Sunday, September 6

Hiburan

‘Backrooms’ pecah rekod ‘Scream 7’, ‘Michael’ hampiri AS$900 juta
Berita, Hiburan

‘Backrooms’ pecah rekod ‘Scream 7’, ‘Michael’ hampiri AS$900 juta

Oleh BIANCA HILMAN FILEM seram-thriller terbaharu, Backrooms mencipta kejutan apabila mencatat ‘ledakan’ kutipan pembukaan global (tiga hari tayangan hujung minggu Jumaat-Ahad) sebanyak AS$118 juta berbanding kos pembikinannya AS$10 juta, sekali gus muncul sebagai filem genre berkenaan dengan pembukaan terbesar 2026 setakat ini mengatasi rekod yang disandang Scream 7 dengan kutipan minggu pembukaan AS$97.1 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$36 juta disumbangkan oleh pasaran antarabangsa, mengatasi kutipan minggu pembukaan luar negara Scream 7 yang meraih AS$33.1 juta sebelum ini. Filem Star Wars: The Mandalorian and Grogu perlu mengumpul kutipan terkumpul AS$500 juta-AS$600 juta untuk balik modal. Kejayaan filem arahan Kane Parsons itu turut menyaksikannya menjadi pe...
Filem Konspirasi dihentikan tayangan di pawagam bukan sebab tak laku!
Berita, Hiburan

Filem Konspirasi dihentikan tayangan di pawagam bukan sebab tak laku!

Oleh BIANCA HILMAN BERDASARKAN data Skim Wajib Tayang FINAS yang dijana pada 31 Mei 2026, filem Konspirasi terbitan Elepfilm Entertainment Sdn Bhd dihasilkan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM5 hingga RM6 juta yang ditayangkan bermula 21 Mei lalu berjaya mengutip RM483,140.53 dengan kehadiran 24,963 penonton dalam tempoh hanya tujuh hari tayangan. Walaupun tayangannya dihentikan selepas seminggu, Konspirasi masih berada di kedudukan ke-13 daripada 23 filem tempatan yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang FINAS sepanjang tahun ini. Dalam kalangan filem yang masih berstatus sedang tayang, Konspirasi pula menduduki tangga kelapan tertinggi daripada sembilan judul yang masih berada di pawagam setakat 31 Mei. Kedudukan itu meletakkan Konspirasi mengatasi beberapa filem ...
Filem Konspirasi ‘lesap’ dari pawagam: Penonton & pelakon sama-sama terkejut
Berita, Hiburan

Filem Konspirasi ‘lesap’ dari pawagam: Penonton & pelakon sama-sama terkejut

Oleh ZARA JANE INDUSTRI  hiburan tempatan minggu ini tiba-tiba jadi kecoh apabila sebuah filem tempatan yang baru sahaja seminggu ditayangkan di rangkaian pawagam tempatan dilaporkan hilang terus daripada senarai tayangan kepada umum. Naskhah arahan Ghaz Abu Bakar berjudul, Konspirasi yang mula menemui penonton pada 21 Mei lalu itu sebelum ini mencuri perhatian ramai kerana filem aksi inimengangkat tema penguatkuasaan rasuah secara realistik, dramatik dan berimpak tinggi.  Ia turut mengetengahkan isu kebocoran maklumat siasatan membabitkan pendedahan data sulit, rahsia dan maklumat siasatan secara tidak sah kepada pihak tidak dibenarkan, sekali gus dikatakan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pengkhianatan amanah terhadap keselamatan negara serta integri...
Jay Chou ‘shopping’ lukisan RM79 Juta
Berita, Hiburan, Maskulin

Jay Chou ‘shopping’ lukisan RM79 Juta

Oleh BIANCA HILMAN JAY Chou sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dilaporkan membelanjakan jutaan dolar untuk mendapatkan sebuah lukisan karya pelukis legenda Perancis, Henri Matisse. Penyanyi terkenal Taiwan berusia 47 tahun itu membeli lukisan minyak bertajuk The Morning Session yang dihasilkan pada tahun 1924 dengan harga AS$20 juta (RM79.3 juta). Difahamkan, karya seni tersebut diperoleh menerusi Sotheby’s, antara broker seni halus, barang kemas dan koleksi mewah terbesar dunia. Menerusi hantaran Instagram pada Rabu, Chou berkongsi rasa kagumnya terhadap Matisse sambil mengimbau kenangannya ketika berada di Nice, Perancis. Lukisan karya pelukis legenda Perancis, Henri Matisse yang dibeli Jay Chou. Menurutnya, dia sering berdiri di luar rumah pelukis terkena...
Zombi spesies baharu ‘Colony’ pecah rekod box office 2026
Berita, Hiburan

Zombi spesies baharu ‘Colony’ pecah rekod box office 2026

Oleh BIANCA HILMAN FILEM thriller zombi terbaru, Colony terus mencipta fenomena apabila berjaya merekodkan skor pembukaan tertinggi bagi tayangan tahun 2026 sebaik sahaja ditayangkan di pawagam Korea Selatan. Filem ini memperkenalkan spesies zombi baharu yang sangat berevolusi. Berbeza dengan zombie konvensional, spesies baharu ini bergerak dalam kelompok (koloni) dalam organisasi, mampu memperbarui informasi, dan meniru pergerakan manusia. Spesies baharu ini muncul ketika sebuah persidangan bioteknologi. Menurut data Rangkaian Komputer Bersepadu Majlis Filem Korea untuk Kemasukan Pawagam, filem arahan Yeon Sang-ho itu berjaya menarik seramai 199,759 penonton pada hari pertama tayangan pada Khamis, 21 Mei 2026. Lebih mengejutkan, angka tersebut berjaya menewaskan The Devi...
The Devil Wears Prada 2, Michael malukan Marvel
Berita, Hiburan

The Devil Wears Prada 2, Michael malukan Marvel

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA Hollywood kini seolah-olah sedang memasuki era baharu apabila The Devil Wears Prada 2 muncul sebagai filem fenomena luar biasa di pawagam global; malah secara tidak langsung membuktikan filem superhero tidak lagi kebal di box-office. Sekuel glamor yang mengembalikan dunia fesyen elit penuh drama itu terus mendominasi carta kutipan dunia sejak beberapa minggu lalu dengan jumlah kutipan terkumpul kini mencecah AS$546 juta (RM2.5 bilion), termasuk AS$370 juta daripada pasaran antarabangsa. Lebih mengejutkan, filem arahan David Frankel itu masih mempunyai momentum besar dan dijangka melepasi angka AS$600 juta tidak lama lagi walaupun dihasilkan dengan bajet hanya sekitar AS$100 juta. Kembalinya watak ikonik Miranda Priestly lakonan Meryl Streep bersama Andy...
Mortal Kombat II kalah tipis kepada Prada 2
Berita, Hiburan

Mortal Kombat II kalah tipis kepada Prada 2

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Dalam pertarungan kutipan box-office antara sekuel masing-masing, filem The Devil Wears Prada 2 mempunyai sedikit kelebihan berbanding Mortal Kombat II di rangkaian pawagam Amerika Utara sepanjang tiga hari hujung minggu lepas.  The Devil Wears Prada 2 mengumpul kutipan melebihi AS$43 juta - kutipan pada hujung minggu kedua tayangannya, manakala Mortal Kombat II mengaut AS$40 juta pada hujung minggu pertamanya. Sehubungan itu, The Devil Wears Prada 2 yang dihasilkan dengan kos AS$100 juta, dengan AS$37.5 juta daripadanya merupakan harga bayaran lakonan tiga bintang utamanya, Anne Hathaway, Meryl Streep dan Emily Blunt (yang masing-masing dibayar AS$12.5 juta); kini telah mengaut kutipan terkumpul AS$433.2 juta di seluruh dunia dalam 12 hari per...
Kutipan tiket filem Michael bakal cecah RM1.96 bilion
Berita, Hiburan

Kutipan tiket filem Michael bakal cecah RM1.96 bilion

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Michael, filem biopik muzikal legenda Michael Jackson bakal melepasi kutipan tiket mencecah AS$500 juta (RM1.96 bilion) hasil tayangan di pawagam seluruh dunia menjelang  hujung minggu ini. Diarahkan oleh Antoine Fuqua dan menampilan Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson berjaya meraih kutipan tertinggi dalam minggu pembukaannya dari 24-26 April dengan kutipan AS$217 juta di seluruh dunia, diikuti dengan kutipan global hujung minggu kedua hampir $135 juta. Setakat hari Rabu, Michael yang memaparkan kerjaya Raja Pop itu dari usia 10 tahun bersama adik-beradiknya dalam kumpulan The Jackson Five sehingga era jelajah album Bad pada tahun 1988;  telah memperoleh kutipan tiket hampir AS$195.2 juta di Amerika Utara dan AS$246 juta di peringkat antara...
Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 
Berita, Glamour, Hiburan

Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Jarang berlaku sekuel filem mendahului kutipan box-office terutama jika ditayangkan pada musim panas di Amerika Utara, namun lain pula dengan The Devils Wears Prada 2. Sekuel kepada filem The Devil Wears Prada (yang ditayangkan kira-kira 20 tahun lalu pada Jun, 2016) itu telah mencatat kutipan tiket hujung minggu pembukaan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad), dengan memperoleh AS$233 juta (RM922 juta) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh seluruh dunia. Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam satu adegan filem The Devil Wears Prada 2. Daripada jumlah kutipan itu, ia memperoleh AS$77 juta dari pasaran di  Amerika Utara, dan AS$156.6 juta di peringkat antarabangsa.  Di Amerika Syarikat dan Kanada, The Devils Wears Prada 2...
‘Michael’ meletup! Kutipan minggu pembukaan AS$217 juta
Berita, Hiburan

‘Michael’ meletup! Kutipan minggu pembukaan AS$217 juta

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA hiburan perfileman global dikejutkan dengan kemunculan raja box-office baharu; dan kali ini ia datang daripada kisah legenda Raja Pop sendiri. Filem biopik Michael terbitan Lionsgate mencipta sensasi luar biasa apabila meraih kutipan  tiket AS$97 juta hasil tayangan rangkaian pawagam di seluruh di Amerika Utara dan melonjak kepada AS$217 juta di seluruh dunia hanya pada hujung minggu pertama tayangan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad).  Ini menjadikan Michael  bukan sahaja sudah balik modal dalam tempoh tiga hari tayangan, tetapi juga mencatat rekod baharu kutipan minggu pembukaan tertinggi sepanjang zaman untuk filem biopik, mengatasi rekod  filem mengenai keangkitan kumpulan hip-hop N.W.A, Straight Outta Compton (2015) yang se...