Tuesday, July 21

Kutipan tiket filem Michael bakal cecah RM1.96 bilion

Oleh BIANCA HILMAN

LOS ANGELES: Michael, filem biopik muzikal legenda Michael Jackson bakal melepasi kutipan tiket mencecah AS$500 juta (RM1.96 bilion) hasil tayangan di pawagam seluruh dunia menjelang  hujung minggu ini.

Diarahkan oleh Antoine Fuqua dan menampilan Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson berjaya meraih kutipan tertinggi dalam minggu pembukaannya dari 24-26 April dengan kutipan AS$217 juta di seluruh dunia, diikuti dengan kutipan global hujung minggu kedua hampir $135 juta.

Setakat hari Rabu, Michael yang memaparkan kerjaya Raja Pop itu dari usia 10 tahun bersama adik-beradiknya dalam kumpulan The Jackson Five sehingga era jelajah album Bad pada tahun 1988;  telah memperoleh kutipan tiket hampir AS$195.2 juta di Amerika Utara dan AS$246 juta di peringkat antarabangsa menjadikan jumlah terkumpul keseluruhan setakat ini, AS$441.2 juta setakat ini.

Walaupun filem terbaharu lakonan Anne Hathaway, The Devil Wears Prada 2 menyingkirkan Michael dari kedudukan teratas dalam carta tiket hujung minggu lalu dan kemunculan naskhah terbaharu Mortal Kombat II akan ditayangkan pada hari Jumaat ini, Michael masih bersedia untuk mencapai kejayaan besar dalam carta tiket. 

Ini kerana Michael dijangka akan memperoleh tambahan AS$30 juta hasil  jualan tiket diAmerika Utara dan AS$50 juta di peringkat antarabangsa dengan jumlah hujung minggu global terkumpul untuk minggu ketiganya sebanyak AS$80 juta, cukup untuk mencapai angka kutipan keseluruhan mencecah AS$500 juta. – VOOLORA 7/6/2026

1 Comment

Comments are closed.