Tuesday, July 21

Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 

Oleh BIANCA HILMAN

LOS ANGELES: Jarang berlaku sekuel filem mendahului kutipan box-office terutama jika ditayangkan pada musim panas di Amerika Utara, namun lain pula dengan The Devils Wears Prada 2.

Sekuel kepada filem The Devil Wears Prada (yang ditayangkan kira-kira 20 tahun lalu pada Jun, 2016) itu telah mencatat kutipan tiket hujung minggu pembukaan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad), dengan memperoleh AS$233 juta (RM922 juta) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh seluruh dunia.

Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam satu adegan filem The Devil Wears Prada 2.

Daripada jumlah kutipan itu, ia memperoleh AS$77 juta dari pasaran di  Amerika Utara, dan AS$156.6 juta di peringkat antarabangsa. 

Di Amerika Syarikat dan Kanada, The Devils Wears Prada 2 berjaya menolak juara bertahan carta filem terlaris pada ketika ini, Michael di tempat kedua; walaupun naskhah biopik muzikal legenda muzik Michael Jackson itu bertahan pada hujung minggu keduanya dengan memperoleh kutipan AS$54 juta.

Kutipan keseluruhan hasil tayangan Michael di seluruh dunia sejak mula ditayangkan pada 24 April 2026 kini mencecah AS$435 juta berbanding kos penerbitannya, AS$200 juta.

Satu babak filem The Devil Wears Prada 2 menampilkan karakter Miranda Priestly dan Nigel Kipling.

Demografi penonton yang membeli tiket The Devils Wears Prada 2 di rangkaian pawagam seluruh dunia menurut tinjauan PostTrak dimonopoli golongan wanita sebanyak 74 peratus.

Pengkritik filem agak bercampur-baur tentang sekuel yang kembali menampilkan kembali empat pelakon watak penting The Devils Wears Prada – Anne Hathaway (sebagai Andy Sachs), Meryl Streep (Miranda Priestly), Emily Blunt (Emily Charlton) dan Stanley Tucci (Nigel Kipling).

Jika The Devils Wears Prada menampilkan karakter Andy Sachs sebagai pembantu peribadi  kedua kepada Miranda Priestly, ketua pengarang majalah fesyen terkemuka, Runway sebelum meletakkan jawatan; The Devils Wears Prada 2 pula menampilkan Andy kembali ke Runway sebagai pengarang rencana Runway.

The Devil Wears Prada 2 menampilkan ‘plot twist’ watak Emily Charlton lakonan Emily Blunt.

‘Plot twist’ kali ini ialah Emily Charlton, pembantu peribadi pertama Miranda dalam The Devils Wears Prada, kini merupakan eksekutif kanan di Dior; sementara Runway kini berada dalam kemelut landskap media cetak yang semakin kehilangan pembeli.

Berbanding The Devils Wears Prada yang dengan dihasilkan dengan bajet hanya AS$35 juta dan akhirnya meraih kutipan terkumpul keseluruhan mencecah AS$327 juta; The Devils Wears Prada 2 yang menelan kos AS$100 juta dijangka mengumpul keseluruhan yang jauh lebih tinggi.

Namun, seperti yang dikongsi pengarah The Devils Wears Prada 2, David Frankel, komitmen terhadap kualiti filem tetap dikekalkan walaupun barisan pelakon bertaraf A  kembali menghiasi layar.

Naskhah The Devils Wears Prada 2 turut menampilkan realiti semasa yang menyaksikan industri produk media cetak yang meredum.

Kempen promosi juga tidak kurang glamor, menampilkan barisan bintang utama menjelajah dunia dengan tema fesyen eksklusif, dari Tokyo ke London hingga New York. 

Malah, ikon fesyen global Anna Wintour (yang mana wataknya menjadi inspirasi kepada watak Miranda) turut mencuri tumpuan sebagai promosi percuma tetapi impak besar terhadap The Devils Wears Prada 2, menerusi kemunculan istimewa bersama Anne Hathaway di pentas Oscar dan bersama Meryl Streep  di muka depan majalah Vogue.

Justeru, The Devils Wears Prada 2 bukan sekadar fesyen ia adalah simbol kuasa, pengaruh dan glamor wanita yang kini kembali menggegarkan dunia. – VOOLORA 6/5/2026