Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2
Oleh BIANCA HILMAN
LOS ANGELES: Jarang berlaku sekuel filem mendahului kutipan box-office terutama jika ditayangkan pada musim panas di Amerika Utara, namun lain pula dengan The Devils Wears Prada 2.
Sekuel kepada filem The Devil Wears Prada (yang ditayangkan kira-kira 20 tahun lalu pada Jun, 2016) itu telah mencatat kutipan tiket hujung minggu pembukaan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad), dengan memperoleh AS$233 juta (RM922 juta) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh seluruh dunia.
Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam satu adegan filem The Devil Wears Prada 2.
Daripada jumlah kutipan itu, ia memperoleh AS$77 juta dari pasaran di Amerika Utara, dan AS$156.6 juta di peringkat antarabangsa.
Di Amerika Syarikat dan Kanada, The Devils Wears Prada 2...




