Saturday, May 30

Brad Pitt kini tampak sangat berbeza

Oleh BIANCA HILMAN

PENAMPILAN terbaharu dalam khalayak  ramai, aktor tersohor, Brad Pitt dilihat sangat berbeza sekali.

Pemenang Oscar itu  tampil mempamerkan perubahan rambut terbaharunya – dengan jambang dan misai kelabu ketika menyaksikan perlawanan keempat Siri Dunia 2025 antara pasukan Los Angeles Dodgers dan Toronto Blue Jays di Stadium Dodgers di Los Angeles pada  29 Oktober 2025.

Penampilan terbaharu Brad Pitt (kiri) ketika hadir bersama Flea menyaksikan perlawanan perlawanan keempat Siri Dunia 2025 antara pasukan Los Angeles Dodgers dan Toronto Blue Jays (FOTO: Medsos).

Dalam gambar yang dirakam di lokasi berkenaan, Brad memakai jersi putih Dodgers sambil bergambar dengan pemain bass Red Hot Chili Peppers, Flea yang mengenakan topi besbol Dodger takala kedua-duanya menyaksikan Toronto Blue Jays mengalahkan Los Angeles Dodgers 6-2.

Penampilan itu adalah jauh berbeza daripada penampilan rugged dengan potongan rambut buzzcut pendek dalam penampilannya pada tayangan perdana filem F1: The Movie pada Jun, 2025.

Brad Pitt dalam majlis tayangan perdana filem, F1: The Movie pada Jun 2025 (FOTO: Medsos).

Kenapa dan mengapa agaknya lelaki berusia 61 tahun yang menjadi pujaan ramai wanita ini  mencukur rambutnya pada ketika itu?

“Saya baru sahaja menyelesaikan kerja (lakonan),” kata Brad. “Ia adalah untuk watak lakonan terbaharu saya.”