Tuesday, July 21

Tag: #wanita

‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 
Berita, Hiburan

‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 

Susunan BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Gabungan magis francais filem Toy Story dan pengaruh luar biasa populariti Taylor Swift mencipta fenomena terkini global apabila siri kelimanya, Toy Story 5 mencatat kutipan pembukaan (hasil kutipan hujung minggu Jumaat-Ahad) terbesar tahun ini mencecah AS$312 juta (RM1.47 bilion), manakala lagu tema filem itu alunan Taylor Swift,  I Knew It, I Knew You menduduki tangga teratas carta Billboard Hot 100. Filem terbaharu Disney dan Pixar itu meraih kutipan domestik (Amerika Utara) sebanyak AS$160 juta (RM753 juta) pada hujung minggu pembukaannya, sekali gus memecahkan rekod francais yang sebelum ini dipegang oleh Toy Story 4 dengan AS$120 juta pada 2019. Di peringkat antarabangsa, Toy Story 5 turut mencatat prestasi cemerlang dengan kutipan AS$...
Sedekad jadi lelaki: Rahsia Nilofar terbongkar
Berita, Suara Wanita

Sedekad jadi lelaki: Rahsia Nilofar terbongkar

“SAYA bermimpi bahawa gema konflik akan digantikan dengan suara dialog dan persefahaman yang harmoni. Tetapi impian sahaja tidak mencukupi; koleksi kamilah yang akan menjadikan impian ini kenyataan…Keamanan bukan hanya untuk pemimpin dunia, ia bermula dalam komuniti dan rumah kita. Keamanan memerlukan tindakan” - Nilofar Ayoubi Oleh BIANCA HILMAN NILOFAR Ayoubi baru berusia 4 tahun apabila seorang yang tidak dikenali memukulnya di jalanan kerana tidak memakai tudung.  Selepas itu, bapanya membuat keputusan yang ekstrem; rambut Nilofar digunting pendek sebelum ibu Nilofar diarahkanny dipakaikan pakaian seperti budak lelaki.  Ia bukan permainan atau gurauan, ia adalah satu-satunya cara yang dia temui untuk dia bergerak dengan lebih bebas di bawah rejim pemerintahan Taliban...
Gagal rayuan: Wanita, tiga penjamin diarah bayar pinjaman MARA RM857, 000
Berita, Realiti Kita

Gagal rayuan: Wanita, tiga penjamin diarah bayar pinjaman MARA RM857, 000

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan tiga penjaminnya diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar semula pinjaman pendidikan berjumlah RM857,000 kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas gagal menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di University of Cambridge, United Kingdom. Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Darmafikri Abu Adam yang memutuskan bahawa peminjam, Siti Norbaya Ahmad Nor, 45,  telah melanggar syarat perjanjian pinjaman apabila gagal menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh MARA. Mahkamah turut memutuskan bahawa tiga individu yang bertindak sebagai penjamin bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk menjelaskan hutang tersebut berdasarkan syarat perjanjian yan...
Berani soal, berani bela: Dua wanita gugat keselesaan Trump
Berita, Suara Wanita

Berani soal, berani bela: Dua wanita gugat keselesaan Trump

Oleh BIANCA HILMAN DALAM dunia yang masih sering menilai wanita berdasarkan senyuman, penampilan dan bahasa tubuh mereka, wartawan CNN, Kaitlan Collins, sekali lagi meraih perhatian selepas menjadi sasaran serangan lisan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Apa yang menarik perhatian bukan sekadar kata-kata Trump, tetapi pendedahan mengejutkan daripada bekas Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Matthews, yang mendakwa Collins merupakan satu-satunya wartawan yang paling menakutkan Trump dan bekas Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kayleigh McEnany ketika beliau bertugas dalam pentadbiran Trump. Pendedahan itu dibuat selepas satu insiden di Pejabat Oval pada Rabu yang menyaksikan Trump bertukar daripada menjawab soalan dasar kerajaan kepada mengkritik Collins secara peribad...
Trend ‘shopping’ wanita Malaysia 2026: Apa yang sedang tular? 
Berita, Shopping

Trend ‘shopping’ wanita Malaysia 2026: Apa yang sedang tular? 

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA membeli-belah di Malaysia kini mengalami perubahan besar. Jika dahulu pengguna hanya menunggu jualan mega atau mengunjungi pusat beli-belah pada hujung minggu, trend 2026 menunjukkan wanita Malaysia semakin memilih pengalaman membeli-belah yang lebih pantas, interaktif dan berbaloi. Daripada sesi live shopping di TikTok sehingga pencarian produk kecantikan halal dan mesra alam, corak perbelanjaan wanita moden kini banyak dipengaruhi oleh teknologi, kandungan media sosial serta kesedaran terhadap nilai sesuatu produk. ‘Live shopping’ jadi racun ‘baharu’ pengguna Trend live shopping terus menjadi fenomena di Malaysia. Ramai pengguna kini membuat keputusan pembelian selepas menonton sesi siaran langsung yang memaparkan demonstrasi produk, ulasan jujur dan ...
Selepas 7 hari hilang, tiada sebarang imej Jaslinda ditemui
Berita, Realiti Kita

Selepas 7 hari hilang, tiada sebarang imej Jaslinda ditemui

Oleh BIANCA HILMAN TAPAH: Tiada sebarang imej pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, ditemui. Itu perkembangan terkini dilaporkan pada hari ini, Ahad, 31 Mei 2026 mengenai mangsa hasil semakan rakaman kamera pengawasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di laluan Bukit Berapit 2, biarpun semalam (Sabtu) dilaporkan kelibat Jaslinda dilihat melintasi salah satu kamera pengawasan di lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih, dipercayai bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka pada 24 Mei lalu.  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon dilaporkan sebagai berkata, dapatan itu diperolehi hasil pemeriksaan dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.30 tengah hari pada Ahad. Menurutnya, berd...
‘Bella Hadid wears Prada’
Berita, Glamour

‘Bella Hadid wears Prada’

Oleh BIANCA HILMAN JUDUL filem terbaharu filem lakonan Meryl Streep dan Anne Hathaway The Devils Wears Prada bertukar menjadi Bella Hadid Wears Prada pada acara karpet merah Festival Filem Cannes 2026. Supermodel terkenal dunia itu kembali mencuri perhatian dalam acara kegemilangan filem yang berlangung di bumi Perancis itu apabila tampil anggun pada tayangan perdana filem Garance pada Ahad dengan busana eksklusif daripada Prada. Kemunculan penuh elegan dan glamor supermodel mencuri perhatian umum pada Festival Filem Cannes 2026. Bella mengenakan gaun satin kelabu tanpa tali dengan perincian sulaman kristal yang menyerlahkan elemen glamor dan elegan.  Penampilan itu turut dipadankan dengan jubah sedondon bercorak berganda berlengan gaya bomber serta kasut tumit tinggi k...
‘Girl talk’: ‘Soft life’ & ‘Queen Energy’ wanita moden
Berita, Realiti Kita

‘Girl talk’: ‘Soft life’ & ‘Queen Energy’ wanita moden

Oleh ZARA JANE & BIANCA HILMAN DULU  wanita sering dikaitkan dengan peranan tradisional di rumah, namun dunia hari ini menyaksikan perubahan luar biasa apabila golongan wanita semakin mendominasi pelbagai bidang termasuk perniagaan digital, media sosial, teknologi, hiburan dan aktivisme global. Dengan hanya menggunakan telefon pintar dan internet, ramai wanita kini mampu membina empayar perniagaan sendiri, mencipta pengaruh di media sosial dan menjadi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia.  Era digital benar-benar membuka peluang baharu kepada wanita moden untuk tampil lebih yakin, berdikari dan berani mengejar impian mereka. Wanita Malaysia kini ‘Boss Babe’ dunia digital Di Malaysia, fenomena wanita menjadi usahawan online semakin luar biasa. Platform...
Bakpo wanita suko maroh tok laki?
Berita, Realiti Kita

Bakpo wanita suko maroh tok laki?

Oleh ZARA JANE DALAM kehidupan rumah tangga, ado kalonyo timbul persoalan kenapo golongan wanita ni mudah sangat maroh tok laki.  Buke semuo maroh tu tandonyo benci, tapi kebanyakannyo datang daripado perasaan penat, kecewo dan mahu difahami. Wanita biasonyo memikul banyak tanggungjawab dalam satu maso. Urus rumah, anak-anak, kerja dan kadang-kadang masalah kewangan.  Bila penat bertimbun tapi kurang perhatian atau bantuan, emosi mudah jadi sensitif. Tok laki pulok ado yang jenis diam dan kurang meluah perasaan, menyebabkan wanita raso dio tidak dipedulikan. Selain tu, komunikasi jugok jadi faktor utama. Lelaki dan wanita caro fikir lain-lain. Wanita biaso mahu didengari dan diberi respon, manakalo lelaki kadang-kadang anggap diam itu jalan paling selamat.  ...
Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 
Berita, Glamour, Hiburan

Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Jarang berlaku sekuel filem mendahului kutipan box-office terutama jika ditayangkan pada musim panas di Amerika Utara, namun lain pula dengan The Devils Wears Prada 2. Sekuel kepada filem The Devil Wears Prada (yang ditayangkan kira-kira 20 tahun lalu pada Jun, 2016) itu telah mencatat kutipan tiket hujung minggu pembukaan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad), dengan memperoleh AS$233 juta (RM922 juta) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh seluruh dunia. Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam satu adegan filem The Devil Wears Prada 2. Daripada jumlah kutipan itu, ia memperoleh AS$77 juta dari pasaran di  Amerika Utara, dan AS$156.6 juta di peringkat antarabangsa.  Di Amerika Syarikat dan Kanada, The Devils Wears Prada 2...