Anda suka kopi? Jom baca untuk jadi pencinta kopi
Oleh DEANNA DEAN
KOPI sudah lama menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, trend minum kopi bergerak lebih laju daripada biasa.
Kopi bukan lagi minuman rutin pagi. Ia kini menjadi simbol gaya hidup, ruang untuk bertenang dan kadang-kadang satu bentuk terapi.
Fenomena ini bukan sekadar pengaruh media sosial, tetapi kerana kopi sendiri menawarkan pengalaman yang ramai perlukan dalam kehidupan moden.
Kopi sebagai ruang untuk 'pause'
Bagi ramai orang, secawan kopi adalah cara paling mudah untuk berhenti sekejap daripada kehidupan yang sibuk. Sama ada di rumah atau di kafe, saat memegang cawan panas itu memberi perasaan selesa.
Di bandar-bandar besar, kafe berfungsi sebagai tempat untuk berehat, bekerja, merenung atau sekadar menikma...










