Saturday, May 23

Tag: #TheDevilWearsPrada2

The Devil Wears Prada 2, Michael malukan Marvel
Berita, Hiburan

The Devil Wears Prada 2, Michael malukan Marvel

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA Hollywood kini seolah-olah sedang memasuki era baharu apabila The Devil Wears Prada 2 muncul sebagai filem fenomena luar biasa di pawagam global; malah secara tidak langsung membuktikan filem superhero tidak lagi kebal di box-office. Sekuel glamor yang mengembalikan dunia fesyen elit penuh drama itu terus mendominasi carta kutipan dunia sejak beberapa minggu lalu dengan jumlah kutipan terkumpul kini mencecah AS$546 juta (RM2.5 bilion), termasuk AS$370 juta daripada pasaran antarabangsa. Lebih mengejutkan, filem arahan David Frankel itu masih mempunyai momentum besar dan dijangka melepasi angka AS$600 juta tidak lama lagi walaupun dihasilkan dengan bajet hanya sekitar AS$100 juta. Kembalinya watak ikonik Miranda Priestly lakonan Meryl Streep bersama Andy...
Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 
Berita, Glamour, Hiburan

Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Jarang berlaku sekuel filem mendahului kutipan box-office terutama jika ditayangkan pada musim panas di Amerika Utara, namun lain pula dengan The Devils Wears Prada 2. Sekuel kepada filem The Devil Wears Prada (yang ditayangkan kira-kira 20 tahun lalu pada Jun, 2016) itu telah mencatat kutipan tiket hujung minggu pembukaan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad), dengan memperoleh AS$233 juta (RM922 juta) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh seluruh dunia. Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam satu adegan filem The Devil Wears Prada 2. Daripada jumlah kutipan itu, ia memperoleh AS$77 juta dari pasaran di  Amerika Utara, dan AS$156.6 juta di peringkat antarabangsa.  Di Amerika Syarikat dan Kanada, The Devils Wears Prada 2...