
Oleh BIANCA HILMAN
LOS ANGELES: Dalam pertarungan kutipan box-office antara sekuel masing-masing, filem The Devil Wears Prada 2 mempunyai sedikit kelebihan berbanding Mortal Kombat II di rangkaian pawagam Amerika Utara sepanjang tiga hari hujung minggu lepas.
The Devil Wears Prada 2 mengumpul kutipan melebihi AS$43 juta – kutipan pada hujung minggu kedua tayangannya, manakala Mortal Kombat II mengaut AS$40 juta pada hujung minggu pertamanya.
Sehubungan itu, The Devil Wears Prada 2 yang dihasilkan dengan kos AS$100 juta, dengan AS$37.5 juta daripadanya merupakan harga bayaran lakonan tiga bintang utamanya, Anne Hathaway, Meryl Streep dan Emily Blunt (yang masing-masing dibayar AS$12.5 juta); kini telah mengaut kutipan terkumpul AS$433.2 juta di seluruh dunia dalam 12 hari pertama tayangan mencecah AS$433 juta.
Pencapaian itu membantu melonjakkan syarikat penerbitan filem tersebut, Walt Disney Studios mengaut keuntungan melebihi AS$2 bilion hasil tayangan filem-filem terbitannya di seluruh dunia untuk tahun ini.
Mortal Kombat II yang menampilkan lakonan Karl Urban untuk watak utama, Johnny Cage juga memperoleh kutipan AS$$23 juta daripada 78 pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah kutipan global tayangan filem itu (dalam tempoh tiga hari) mencecah AS$63 juta, berbanding kos penghasilannya AS$80 juta.
Filem pertamanya, Mortal Kombat yang ditayangkan pada 2021 mengumpul kutipan tiket global mencecah AS$84.4 juta berbanding kos AS$55 juta.
Michael pula menduduki tempat ketiga pada hujung minggu ketiga tayangan di Amerika Utara dengan tambahan AS$36.5 juta pada hujung minggu, hanya turun 33% daripada hujung minggu lalu.
Filem biopik Michael Jackson itu kini telah mengumpul kutipan AS$240.5 juta di Amerika Utara, mengumpul AS$577.4 juta hasil tayangan di seluruh dunia. – VOOLORA 12/5/2026
