Saturday, June 13

Scary Movie 6 ‘box-office’ AS$106 juta, Masters of The Universe AS$54 juta

Oleh BIANCA HILMAN

HOLLYWOOD, California: Scary Movie 6, siri keenam dalam francais Scary Movie memecah rekodnya sendiri dengan meraih kutipan tayangan awal hujung minggu (Jumaat-Ahad) di pasaran global mencecah AS$105.5 juta berbanding kos pembikinannya AS$30 juta.

Filem yang tidak diluluskan tayangannya di Malaysia itu kembali menampilkan empat utama pelakon filem asalnya, Scary Movie (yang ditayangkan pada tahun 2000), iaitu Marlon Wayans, Shawn Wayans, Anna Faris, dan Regina Hall – naskhah yang dihasilkan dengan bajet cuma AS$19 juta tetapi meraih kutipan keseluruhan mencecah AS$287 juta.

Sementara sekuel pertamanya, Scary Movie 2 (2001), mengumpul kutipan keseluruhan AS$141.2 juta (berbanding kos pembikinan AS$45 juta); diikuti Scary Movie 3 (2003) dengan kutipan terkumpul AS$202.7 juta (kos AS$45-AS$48 juta); Scary Movie 4 (2006) mengumpul kutipan sebanyak AS$178.7 juta (berbanding kos AS$40 juta); dan Scary Movie 5 (2013) meraih kutipan keseluruhan paling rendah, hanya AS$78.4 juta (kos AS$20 juta).

Justeru selepas 13 tahun, kemunculan Scary Movie 6 dilihat sebagai sangat berbaloi kerana ia bukan sahaja menjadi siri terlaris francais Scary Movie, tetapi berjaya mengalahkan pesaingnya, ilem terbaharu yang ditayangkan di rangkaian pawagam global serentak dengan Scary Movie 6, iaitu Masters of the Universe yang menampilkan karakter utamanya, He-Man yang merupakan ikon animasi popular 80-an.

Masters of the Universe yang menampilkan aktor Nicolas Galitzine sebagai He-Man meraih kutipan hasil tayangan awal hujung minggu (Jumaat-Ahad) di pasaran global mencecah AS$54.3 juta, namun kos pembikinannya, AS$170 juta-AS$200 juta –  jauh lebih tinggi berbanding Scary Movie 6.

Di tempat ke-3, filem seram-thriller Backrooms arahan pengarah berusia 20 tahun, Kane Parsons telah mencatatkan kutipan tayangan minggu ketiganya di peringkat global mencecah AS$212.6 juta berbanding kos pembikinannya, cuma AS$10 juta.

Sebuah lagi filem seram-thriller, Obsession di tempat keempat pada minggu ini dengan kutipan keseluruhany terkumpul selepas empat minggu ditayangkan kini mencecah AS$224.8 juta di pasaran global, kelebihan ketara naskhah ini ialah ia dihasilkan dengan kos di bawah AS$1 juta, cuma AS$750,000.

Sementara Michael, filem biopik muzikal  ikon pop Michael Jackson, benar-benar tidak akan berhenti sehingga ia mencukupi dan masih berada di carta Top 10 Filem Terlaris pada minggu selepas tujuh  minggu ketujuh ditayangkan dengan kutipan keseluruhan di pasaran global kini terkumpul AS$888 juta (berbanding kos AS$155 juta – AS$200 juta).

Di tempat ke-10 pada minggu ini, The Devils Wears Prada 2 mengumpul kutipan keseluruhan AS$664 juta berbanding kos AS$100 juta.

Hujung minggu depan pula, Scary Movie 6, Masters of the Universe, dan Backrooms bakal menghadapi pesaing baharu dengan kemuculan filem terbaharu arahan Steven Spielberg yang menampilkan plot makhluk asing, Disclosure Day dengan watak utama dibintangi aktres Emily Blunt yang baru sahaja muncul dalam The Devils Wears Prada 2. – VOOLORA 8/6/2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *