Scary Movie 6 ‘box-office’ AS$106 juta, Masters of The Universe AS$54 juta
Oleh BIANCA HILMAN
HOLLYWOOD, California: Scary Movie 6, siri keenam dalam francais Scary Movie memecah rekodnya sendiri dengan meraih kutipan tayangan awal hujung minggu (Jumaat-Ahad) di pasaran global mencecah AS$105.5 juta berbanding kos pembikinannya AS$30 juta.
Filem yang tidak diluluskan tayangannya di Malaysia itu kembali menampilkan empat utama pelakon filem asalnya, Scary Movie (yang ditayangkan pada tahun 2000), iaitu Marlon Wayans, Shawn Wayans, Anna Faris, dan Regina Hall - naskhah yang dihasilkan dengan bajet cuma AS$19 juta tetapi meraih kutipan keseluruhan mencecah AS$287 juta.
Sementara sekuel pertamanya, Scary Movie 2 (2001), mengumpul kutipan keseluruhan AS$141.2 juta (berbanding kos pembikinan AS$45 juta); diikuti Scary Movie 3 (2003) dengan kutipan terkumpul AS...

