RM mengukuh: Melancong kini lebih murah
Selepas melalui tempoh turun naik sepanjang beberapa tahun, kenaikan nilai Ringgit Malaysia (RM) memberi nafas lega kepada rakyat. Bukan sahaja kepada sektor perdagangan dan import, tetapi kepada `kaki melancong'.
Apabila RM mengukuh walau beberapa peratus, kesannya dirasai pada kuasa beli ketika berada di luar negara. Tiket pengangkutan, hotel, makanan hingga kepada aktiviti dan beli-belah. Semua menjadi lebih murah, berbanding ketika RM berada pada paras rendah.
Dalam industri pelancongan, naik turun mata wang menentukan sama ada sesuatu destinasi itu bernilai atau tidak. Peningkatan nilai RM, bermakna kini adalah masa terbaik untuk merancang percutian ke negara yang kadar tukaran mata wangnya menguntungkan.
Kelebihan RM mengukuh
Kos keseluruhan perjalanan lebih rendahPengin...


