
Oleh BIANCA HILMAN
BTS bakal mengadakan sekurang-kurangnya 65 buah konsert sempena jelajah dunia pertama kumpulan super idola Korea Selatan itu pada 2019, termasuk lebih daripada 30 pertunjukan di Amerika Utara.
Terdahulu, BTS dibubarkan buat sementara waktu ketika anggota mereka menjalankan perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan bagi kaum lelaki di Korea Selatan.

Serentak itu, BTS juga telah mengusahakan album baharu sejak beberapa bulan lalu bersama Hybe. Album itu, yang pertama kumpulan itu dalam tempoh enam tahun, akan dilancarkan pada penghujung Mac 2026.
“Butiran mengenai tarikh dan skala jelajah dunia baharu BTS masih belum disahkan,” kata Big Hit Music Hybe dalam satu kenyataan.
“Tarikh yang anda nyatakan bukanlah nombor terkini yang kami bincangkan.”
Menurut Persekutuan Antarabangsa Industri Fonografi (IFPI), BTS merupakan figura yang membawa K-pop ke arus perdana dan menguasai kemuncak populariti muzik global pada 20210 dan 2021.
Sebelum ini, BTS merancang konsert jelajah pada 2020 tetapi dibatalkan susulan pandemik Covid-19, namun sempat mengadakan sedozen pertunjukan di empat bandar pada 2021 dan 2022 – penampilan terakhir mereka sebagai satu kumpulan sebelum anggota mereka memasuki perkhidmatan tentera.

Persembahan terakhir kumpulan itu berlangsung di Las Vegas pada April 2022. Pertunjukan konsert itu mencatatkan kutipan AS$18 juta, menurut kenyataan Pollstar.
“BTS mengaut hampir AS$300 juta sebagai aksi jelajah antara 2015 dan 2022.
“Tetapi angka itu hanya berdasarkan tarikh konsert BTS yang dilaporkan kepada pengumpul data, sedangkan mereka telah mengadakan lebih banyak lagi persembahan,” tambah kenyataan Pollstar.
Justeru, konsert jelajah BTS 2026 kelak menguji sejauh mana semangat yang masih ada dan mendedahkan sama ada peminat mereka masih setia memuja kumpulan yang dianggotai Suga, Jin, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jung Kook in
