
Oleh BIANCA HILMAN
INI kisah inspirasi yang patut dikongsi. Aaron Tucker baru sahaja keluar dari penjara dan bertekad untuk mengubah hidupnya
Hanya seminggu kemudian hanya dengan AS$2 di dalam poketnya, dia memakai baju terbaiknya untuk pergi ke temuduga kerja di Stamford, Connecticut, dengan harapan menggunung agar dapat mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik dan mulia.
Ketika menaiki sebuah bas ke sana, lelaki berusia 32 tahun ini ternampak sebuah kereta terbabas dan terbalik.
Biarpun pemandu enggan memberhentikan bas yang dipandunya, Aaron tanpa teragak-agak melompat turun.
Dia berlari pantas ke kereta yang telah remuk itu, menarik keluar lelaki yang cedera dari kereta yang ketika itu sedang berasap; dan menggunakan baju untuk temuduganya itu bagi menghentikan pendarahan mangsa kemalangan tersebut.
Sebaris kata-kata Aaron cukup menginsafkan:
“Saya boleh mencari kerja lain,” katanya. “Tetapi kehidupan? Anda hanya mendapat satu peluang.” ❤️
Dia terlepas daripada sesi temuduga kerjanya pada hari itu, tetapi berita tentang sikapnya yang berhati sangat mulia dan tidak mementingkan diri itu tersebar dengan cepat.
Badan komuniti di Connecticut, GoFundMe kemudian mengumpul dana mencecah AS$50,000 untuk membantu Aaron memulakan kehidupan baharu, dan tiga syarikat menghubungi lelaki itu dengan tawaran pekerjaan. Happy ending.
Ungkapan Voolora:
Satu peringatan yang bermakna bahawa melakukan perkara yang betul sentiasa penting, walaupun ia mungkin memerlukan pengorbanan. Nilai sebenar seseorang insan itu ditunjukkan melalui tindakannya ketika tiada siapa yang memerhati.
