
Oleh BIANCA HILMAN
KONSERT penyanyi, Akon di Bengaluru, India pada 14 November 2025 berubah menjadi momen kontroversi apabila beberapa peminat VIP menarik seluar penyanyi itu semasa dia sedang membuat persembahan lagu Sexy Bitch.
Insiden tersebut menjadi tular di media sosial, memancing pelbagai reaksi – ada yang geli hati, ada yang mengecam tindakan kurang sopan peminat tersebut.
Klip video pada konsert berkenaan menunjukkan Akon kelihatan tidak selesa, beberapa kali cuba menaikkan semua seluar putihnya yang sudah terlondeh menampakkan seluar dalamnya yang berwarna biru, sambil dia meneruskan persembahan dengan profesional.
Meskipun insiden di Bengaluru menimbulkan sedikit kontroversi, ia tidak menghalang Akon untuk terus memukau penonton India dengan lagu-lagu hitsnya seperti Chammak Challo, Smack That, dan Lonely.
Walaupun begitu, Akon tetap meneruskan jelajah India dengan penuh dedikasi, termasuk persembahan penutupnya di Mumbai pada 16 November dengan penuh bertenaga dan interaksi manis Akon dengan audiens yang hadir, sebelum ia berakhir dalam keadaan aman.
Insiden membabitkan Akon di Bengaluru segera mengingatkan kita pada momen selebriti lain yang turut ‘diserbu’ peminat, seperti Ariana Grande baru-baru ini di Singapura ketika promosi filem Wicked: For Good bersama-sama barisan pelakon lain filem itu termasuk Cynthia Erivo dan Datuk Michelle Yeoh.
Ketika itu, Ariana sempat dipeluk di bahunya dengan kasar oleh seorang lelaki yang melompat melepasi penghadang lalu berlari ke arah Ariana – momen yang mengundang persoalan mengenai keselamatan selebriti di tempat umum.
Bagi Akon, meskipun insiden di Bengaluru menimbulkan sedikit kontroversi, ia tidak menghalang beliau untuk terus memukau penonton India dengan lagu-lagu hitsnya seperti Chammak Challo, Smack That, dan Lonely.
Namun, insiden ini sekali lagi menekankan pentingnya etika konsert – penghormatan terhadap ruang peribadi artis adalah kunci, walau sehebat mana pun rasa kagum peminat.
