Tuesday, July 21

BTS bakal kaut AS$1 bilion: Konsert di KL selepas 11 tahun

Oleh BIANCA HILMAN

KUALA LUMPUR: Ikon K-pop, BTS akan kembali ke Malaysia untuk persembahan dua malam Disember ini sebagai sebahagian daripada Jelajah Dunia 2026-2027 mereka. 

Kali terakhir BTS membuat persembahan di negara ini adalah semasa jelajah Red Bullet mereka pada tahun 2015.

Disebabkan harga tiket dan tempat untuk persembahan KL masih belum diumumkan, peminat  BTS  dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini daripada penganjur konsert Live Nation Malaysia.

​​Selain KL, BTS juga akan membuat persembahan di Bangkok pada 5-6 Disember, Jakarta pada 26-27 Disember, dan 4 malam di Singapura pada 17, 19, 20 dan 22. 

Secara keseluruhan, jelajah dunia BTS merangkumi 79 tarikh di seluruh dunia, menandakan kepulangan mereka ke pentas selepas berehat daripada industri huburan selama empat tahun.

Dengan jadual persembahan di London, Tokyo, Munich, Sydney dan Los Angeles, ia berkemungkinan menjadi salah satu jelajah terbesar tahun ini, terutamanya kerana kumpulan itu tidak pernah membuat persembahan di luar AS dan Korea Selatan sejak 2019.

Konsert jelajah BTS  sebelum ini mencipta rekod untuk persembahan K-pop apabila  memperoleh jumlah terkumpul kira-kira AS$246 juta (£182 juta).

BTS ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Sepanjang perjalanan jelajah tersebut juga, BTS menjadi artis Korea pertama mengadakan konsert di Stadium Wembley, London.

Sementara konsert jelajah dunia  terbaharu BTS akan bermula dengan tiga malam di Stadium Goyang, Korea Selatan pada 9 April 2026, sebelum bertolak merentasi Asia, Eropah dan Amerika.

Persembahan tersebut akan menyaksikan kumpulan itu membuat persembahan di pentas bulat 360 darjah, membolehkan lebih banyak tempat duduk disediakan di setiap tempat untuk peminat mereka.

BTS bakal kembali menggegar persada muzik global.

Konsert dijadualkan akan berlangsung di London selama dua malam di Stadium Tottenham Hotspur pada 6 dan 7 Julai, manakala peringkat Eropah juga merangkumi tarikh di Paris, Madrid, Brussels dan Munich.

Satu mesej di laman web BTS menyatakan tarikh selanjutnya akan diumumkan di Jepun, Timur Tengah ‘dan banyak lagi’ lokasi untuk tahun 2027. 

Tiket akan tersedia untuk peminat tegar BTS mulai 22 Januari ini, dan dibuka kepada orang awam dua hari kemudian.

BTS bakal muncul dengan konsert jelajah dunia pada tahuh ini.

Menurut Billboard, BTS  dan label syarikat rakaman mereka, BigHit/Hybe dijangka memperoleh lebih daripada AS$1 bilion (£740 juta) daripada kemunculansemula mereka – yang diperoleh daripada konsert, barangan, pelesenan, jualan album dan pendapatan penstriman.

Sepanjang tempoh BTR berehat daripada aktif bermula  pada tahun 2024, keuntungan operasi Hybe menurun hampir 37.5%, yang sebahagiannya disebabkan oleh syarikat itu ‘tidak mengendalikan BTS’.