Sunway Square Mall destinasi ‘shopping’ terkini: Sediakan perpustakaan 24 jam
Oleh BIANCA HILMAN
SUNWAY City Kuala Lumpur menyambut satu lagi mercu tanda penting pada 12 Disember 2025 dengan pembukaan rasmi Sunway Square Mall, sebuah pusat beli-belah komuniti mesra haiwan peliharaan seluas 320,000 kaki persegi yang direka untuk mentakrifkan semula gaya hidup bandar moden.
Pusat beli-belah empat tingkat ini merupakan komponen utama pembangunan bersepadu Dataran Sunway, yang menyatukan elemen beli-belah, gastronomi, pendidikan dan rekreasi di bawah satu bumbung.
Ketika dibuka Jumaat lalu, 95 peratus ruang runcit telah beroperasi, menandakan sambutan yang kukuh daripada penyewa dan komuniti setempat.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls, HC Chan dalam kenyataannya berkata, “Sunway Square Mall meluaskan pengalaman jenama kami kerana kami mengalu-alukan...




