Tanah runtuh, banjir kilat, pokok tumbang: 9 laluan utama di Perak ditutup
Oleh BIANCA HILMAN
IPOH: Sebanyak sembilan laluan utama di beberapa daerah di Perak terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan kejadian tanah runtuh, banjir kilat serta pokok tumbang yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak sehingga jam 4 petang pada Khamis, penutupan berkenaan membabitkan daerah Perak Tengah, Manjung, Muallim dan Hilir Perak.
“Di Perak Tengah dua laluan ditutup akibat bahu jalan runtuh membabitkan Jalan Gelung Pepuyu di Seksyen 11.6 sepanjang 60 meter dan Seksyen 5.1 meter sejauh 15 meter,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah kenyataan tersebut, tiga laluan di Manjung turut ditutup ...

