Navya enggan ikut jejak langkah Amitabh Bachchan
Oleh BIANCA HILMAN
KALAU anda fikir menjadi cucu Amitabh Bachchan secara automatik membawa anda ke dunia Bollywood, fikir semula!
Navya Naveli Nanda, anak perempuan Shweta Bachchan dan Nikhil Nanda, memilih jalannya sendiri - menggabungkan kecintaan pada fesyen dengan legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian.
Navya, 27, yang juga pernah menapaki landasan peragaan Paris untuk Loreal, menegaskan bahawa dia tidak mahu terhad pada satu bidang sahaja.
Minat Navya terhadap fesyen menyamai kecintaannya terhadap legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian (FOTO: Medsos)
“Saya suka mencuba perkara baharu… dari memasang traktor hingga catwalk di pentas peragaan, saya mahu lakukan semuanya,” katanya.
Dan memang, siapa sangka minat pada traktor boleh jad...

