Friday, June 5

Tag: #Backrooms #Filemboxoffice

‘Backrooms’ pecah rekod ‘Scream 7’, ‘Michael’ hampiri AS$900 juta
Berita, Hiburan

‘Backrooms’ pecah rekod ‘Scream 7’, ‘Michael’ hampiri AS$900 juta

Oleh BIANCA HILMAN FILEM seram-thriller terbaharu, Backrooms mencipta kejutan apabila mencatat ‘ledakan’ kutipan pembukaan global (tiga hari tayangan hujung minggu Jumaat-Ahad) sebanyak AS$118 juta berbanding kos pembikinannya AS$10 juta, sekali gus muncul sebagai filem genre berkenaan dengan pembukaan terbesar 2026 setakat ini mengatasi rekod yang disandang Scream 7 dengan kutipan minggu pembukaan AS$97.1 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$36 juta disumbangkan oleh pasaran antarabangsa, mengatasi kutipan minggu pembukaan luar negara Scream 7 yang meraih AS$33.1 juta sebelum ini. Filem Star Wars: The Mandalorian and Grogu perlu mengumpul kutipan terkumpul AS$500 juta-AS$600 juta untuk balik modal. Kejayaan filem arahan Kane Parsons itu turut menyaksikannya menjadi pe...