Banjir makin buruk: Mangsa dipindahkan lebih 11,000
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Banjir musim tengkujuh Monsun Timur Laut yang melanda seluruh negara semakin buruk apabila lebih 11,103 mangsa dari 3,961 keluarga telah dipindahkan ke-74 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 10.57 pagi, hari ini.
Pertambahan bilangan mangsa banjir terutama disumbangkan oleh Perak yang kini menjadi negeri kedua paling tinggi penduduk yang dipindahkan ke PPS sejak semalam.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 1,086 mangsa banjir di empat daerah di Perak dari 364 keluarga kini ditempatkan 17 PPS berbanding hanya 22 mangsa daripada 13 keluarga di tujuh PPS, setakat jam 11.20 malam tadi.
Sebanyak empat daerah terbabit di Perak iaitu, Manjung dengan 597 mangsa daripada 203 keluarga, Perak Tenga...




