Sunday, April 19

Tag: #banjirmonsun #Perak

Banjir makin buruk: Mangsa dipindahkan lebih 11,000
Berita

Banjir makin buruk: Mangsa dipindahkan lebih 11,000

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Banjir musim tengkujuh Monsun Timur Laut yang melanda seluruh negara semakin buruk apabila  lebih 11,103 mangsa dari 3,961 keluarga telah dipindahkan ke-74 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 10.57 pagi, hari ini. Pertambahan bilangan mangsa banjir terutama disumbangkan oleh Perak yang kini menjadi negeri kedua paling tinggi penduduk yang dipindahkan ke PPS sejak semalam. Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 1,086 mangsa banjir di empat daerah di Perak dari 364 keluarga kini ditempatkan 17 PPS berbanding hanya  22 mangsa daripada 13 keluarga  di tujuh PPS, setakat jam 11.20 malam tadi. Sebanyak empat daerah terbabit di Perak iaitu, Manjung  dengan 597 mangsa daripada 203 keluarga, Perak Tenga...
Perak negeri kelapan dilanda banjir
Berita

Perak negeri kelapan dilanda banjir

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Perak menjadi negeri kelapan di Malaysia dilanda banjir bermula pada hari ini apabila seramai 22 mangsa daripada 13 keluarga telah ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, setakat jam 11.20 malam tadi. Menurut laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah terbabit banjir di Perak ialah Manjung membabitkan 17 mangsa daripada 10 keluarga, Batang Padang (empat mangsa daripada dua keluarga), dan Perak (seorang mangsa dari satu keluarga). Terdahulu, tular video banjir kilat melanda Setiawan, dalam daerah Manjung ketika hujan lebat. Sehubungan itu jumlah keseluruhan mangsa banjir di lapan negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Sarawak dan Kedah kini meningkat kepada...