Parut di wajah, api di jiwa: Mickey menggetarkan dunia
Oleh DEANNA DEAN
PADA suatu ketika, wajahnya menakutkan. Kulit yang melecur akibat simbahan asid tular dalam sekelip mata, menimbulkan kejutan seluruh negara.
Namun hari ini, nama Faisal Halim, atau lebih mesra digelar Mickey, kembali disebut bukan kerana tragedi itu, tetapi kerana ketabahannya yang dipuji sehingga ke pentas antarabangsa.
Serangan asid pada 5 Mei 2024 bukan sekadar mencederakan tubuhnya. Ia hampir meragut kerjayanya, keyakinan, malah jati dirinya sebagai pemain bola sepak.
Namun, dalam luka itu tersimpan tekad besar seorang anak Malaysia yang enggan rebah.
Semangat kesukanan Faisal kini bangkit semula (FOTO: Medsos)
Detik gelap yang membakar semangat
Pada hari kejadian, Faisal diserang dengan asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petali...

