Gen Z ke konvensyen IT? ‘What I’m gonna wear’?
Oleh BIANCA HILMAN
“Apa yang kita perlu pakai sekarang apabila pergi ke konvensyen IT?”
Itu soalan yang terpacul dari mulut seorang Gen Z perempuan, Dina Marissa yang baru berusia 23 tahun.
Secara amnya, fesyen yang digayakan Gen Z merujuk kepada gaya pakaian dan trend yang popular dalam kalangan generasi Z, iaitu mereka yang lahir kira-kira antara pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an.
Fesyen ini sangat dipengaruhi oleh media sosial, budaya internet, dan gabungan pelbagai elemen retro serta moden.
Fesyen uniseks dan gender-fluid (atau genderless) Gen Z (FOTO: YPulse).
Ciri-ciri fesyen Gen Z tipikal biasanya termasuk:
Kasual dan selesa - pakaian yang praktikal seperti t-shirt oversized, hoodies, dan seluar jeans.
Influence dari 90-an dan 2000-an - se...

