Lantang kritik Trump: Jennifer Lawrence kini berdiam diri
Oleh BIANCA HILMAN
AKTRES berbakat dan pemenang Oscar, Jennifer Lawrence, mendedahkan sebab mengapa dia kini memilih untuk tidak lagi bercakap secara terbuka tentang politik, selepas pernah lantang bersuara menentang Donald Trump beberapa tahun lalu.
Dalam satu temu bual bersama The New York Times yang diterbitkan hujung minggu lalu, bintang berusia 35 tahun itu berkata dia kini lebih berhati-hati untuk menyuarakan pandangannya mengenai isu politik.
Jennifer pernah mengkritik pentadbiran Trump sebelum ini (FOTO: Medsos).
“Saya tidak tahu sama ada saya patut (lantang isu politik). Pentadbiran Trump yang dulu sangat liar… saya rasa seperti saya berlari-lari seperti ayam tanpa kepala,” jelas Jennifer.
“Tapi seperti yang telah kita pelajari, selebriti tidak membuat perbe...

