Jonathan Bailey lelaki terseksi dunia 2025!
Oleh BIANCA HILMAN
BINTANG kacak Bridgerton dan Wicked, Jonathan Bailey, kini secara rasmi Lelaki Paling Seksi 2025 yang dinobatkan oleh majalah People!
Pengumuman istimewa itu dibuat secara langsung menerusi program bual bicara The Tonight Show yang dikelolakan hos tersohor, Jmmy Fallon pada malam Isnin.
Bailey, 37, mengambil alih gelaran daripada pelakon The Office dan Jack Ryan, John Krasinski, yang dinobatkan pada tahun 2024.
Dalam temu bual bersama People, Bailey mengakui dirinya masih terkejut dengan penganugerahan itu.
“Ia satu penghormatan yang besar. Saya sangat berasa disanjung - dan jujurnya, ia langsung tidak masuk akal,” katanya sambil ketawa.
Jonathan Bailey bakal muncul di samping Ariana Grande dalam filem Wicked For Good menjelang 21 November 2025 (...

