đźš— Selepas 960 percubaan, wanita Jepun peroleh lesen memandu
Oleh BIANCA HILMAN
PADA usia 69 tahun, Cha Sa-Soon dari Korea Selatan menjadi simbol ketabahan global apabila dia akhirnya memperoleh lesen memandu - selepas gagal dalam ujian bertulis sebanyak 959 kali.
Selama bertahun-tahun, dia muncul lagi dan lagi, dan lagi dan lagi…, menaiki bas ke pusat ujian memandu hampir setiap hari. Setiap kali, dia belajar lebih gigih, mencuba lagi, dan enggan berhenti mengalah.
Orang ramai ketawa mengejek. Ada yang simpati kepadanya. Namun, Cha tidak pernah membiarkan rasa malu menghalangnya. Dia terus berusaha - selama lima tahun tanpa henti.
Kemudian, pada percubaannya yang ke-960… dia lulus. 🎉
Kesungguhan wanita ini menjadikan dirinya seorang wira negara, sehingga syarikat permotoran tersohor Jepun, Hyundai menghadiahkan Cha sebuah ker...

