Tuesday, September 8

Tag: #Langkawi

Obor-obor, si cantik peragut nyawa
Berita, Realiti Kita

Obor-obor, si cantik peragut nyawa

Oleh DEANNA DEAN Tragedi di Pantai Cenang, Langkawi, baru-baru ini menggemparkan apabila seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia yang baru berusia dua tahun meninggal dunia akibat disengat obor-obor ketika bermain di gigi air. Kejadian itu berlaku begitu pantas, hanya beberapa saat selepas dia menjerit kesakitan, tubuh kecilnya mula lemah, dan keadaannya terus merosot sebelum disahkan meninggal dunia empat hari kemudian. Insiden itu membuka mata ramai bahawa di sebalik keindahan pantai tropika, ada satu bahaya yang sering kita pandang remeh: obor-obor. Bahaya obor-obor Ramai melihat obor-obor sebagai makhluk yang cantik, jernih, lembut, melayang tenang mengikut arus. Ia tidak bersuara, tidak kelihatan ganas, malah ada yang menganggapnya seperti hiasan laut semula jadi. Na...