Lisa Blackpink bintangi filem aksi
Oleh BIANCA HILMAN
SIAP sedia peminat K-pop dan penggemar filem aksi! Lisa, anggota kumpulan sensasi Blackpink, kini sah menyertai barisan pelakon untuk filem aksi terbaru Netflix, Extraction: Taigo.
Lebih menarik, Lisa akan bergandingan dengan dua pelakon hebat Korea Selatan — Ma Dong-seok (Train To Busan) dan Lee Jin-wook (Sweet Home).
Filem ini merupakan spin-off daripada francais Hollywood popular Extraction lakonan Chris Hemsworth, dan kali ini, fokus diberikan kepada watak baharu dalam dunia tentera upahan yang penuh aksi mendebarkan.
Lisa (kanan) dalam satu adegan debut lakonannya yang ditayangkan di HBO, siri The White Lotus 3 (FOTO: NME)
Lisa kukuhkan kedudukan di Hollywood
Penampilan Lisa dalam Extraction: Taigo menandakan projek lakonan keduanya selepas kemun...

