Catherine Connolly Presiden Ireland ke-10
CALON bebas berhaluan kiri, Catherine Connolly bakal dilantik Presiden Ireland yang ke-10 selepas memenangi pilihan raya dengan kemenangan besar.
Penggubal undang-undang bebas yang telah lama bersuara menyokong rakyat Palestin dan lantang mengenai ketidakpercayaannya terhadap dasar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Connoly itu akan mengisi jawatan Presiden Ireland untuk tujuh tahun akan datang.
Keputusan rasmi menunjukkan sokongan pengundi yang kuat untuk Connolly sebagai presiden, meraih majoriri 63 peratus undi sebaik sahaja undi rosak dikecualikan, berbanding 29% saingannya Heather Humphreys, daripada parti kanan tengah Fine Gael.
Mengulas kemenanganya, Connolly, 68, dalam kenyataannya di Dublin Castle berkata bahawa beliau akan memperjuangkan kepelbagaian dan menj...

