Banjir kini melanda 7 negeri: Jumlah mangsa cecah 9,155
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Banjir yang kini melanda enam negeri di Malaysia, terbaharu di Sarawak, Selangor telah melonjakkan jumlah mangsa mencecah kepada 9,155; dengan Kelantan terus mencatatkan bilangan tertinggi dan pertambahan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu 8,150, setakat jam 10.03 malam ini.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu membabitkan 2,990 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS di empat daerah.
Empat daerah tersebut membabitkan Tumpat (4,341 mangsa), Bachok (1,467), Kota Bharu (2,222) dan Pasir Puteh (120).
Mangsa banjir di Terengganu pula mencatat jumlah mangsa kedua tertinggi, kini 362 orang daripada 112 keluarga yang berlindung di dua PPS di Besut.
Selangor, ne...

