HYBE guna wang BTS AS$83 juta bayar hutang Scooter Braun?
Oleh BIANCA HILMAN
SEOUL: Syarikat hiburan gergasi Korea Selatan, HYBE, berdepan gelombang kritikan baharu selepas dakwaan lama berkaitan pengambilalihan Ithaca Holdings milik Scooter Braun pada tahun 2021 kembali tular di media sosial.
Dakwaan tersebut mendakwa bahawa kira-kira ₩120 bilion KRW (sekitar AS$83 juta) hutang yang diwarisi melalui perjanjian itu telah ditanggung menggunakan sumber kewangan syarikat yang sebahagian besarnya dijana oleh BTS, artis utama HYBE ketika tempoh berkenaan.
HYBE, yang ketika itu masih beroperasi sebagai Big Hit Entertainment, mengumumkan pengambilalihan Ithaca Holdings pada April 2021 dalam perjanjian yang pada asalnya dilaporkan bernilai lebih USD 1 bilion. Langkah tersebut dilihat sebagai strategi utama untuk mengembangkan kehadiran syarikat ...

