Tanpa Melissa & Jenna, mampukah Scream 7 kekal ‘menjerit’?
Oleh BIANCA HILMAN
BUNYI deringan telefon yang menyeramkan. Nafas berat di hujung talian. “Hello, Sidney.”Tiga perkataan itu sahaja sudah cukup untuk menghidupkan kembali ketakutan yang pernah membekukan dunia dua dekad lalu.
Hari ini, dunia perfileman dikejutkan dengan pelancaran trailer rasmi Scream 7 — dan kali ini, bintang legenda 'scream queen', Neve Campbell kembali memegang watak Sidney Prescott, wanita yang tidak pernah benar-benar bebas daripada bayangan Ghostface.
Salah satu babak dramatik filem Scream 7 yang menandakan Ghostface kembali menyerang ke akar umbi di sebalik pembunuhan bersiri yang berlaku 30 tahun lalu dalam Scream (1996). (FOTO: Medsos)
🔪 Kembali ke akar seram
Trailer dibuka dengan pemandangan tenang — sepasang pelancong melawat rumah lama mi...

