‘Drama’ misteri kehilangan bekas Ketua Peguam Tentera Israel
Oleh BIANCA HILMAN
KETIKA ramai daripada kita sibuk dengan rutin harian, satu berita mengejutkan datang dari Israel.
Bekas Ketua Peguam Tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, dilaporkan hilang pada pagi Ahad sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat beberapa jam kemudian.
Keluarganya risau selepas gagal menghubunginya sejak awal pagi. Kereta beliau ditemui di pantai berhampiran Tel Aviv, bersama nota misteri yang dipercayai nota bunuh diri di rumahnya.
Segera, polis dan tentera Israel melancarkan operasi besar-besaran, dan akhirnya menemuinya selamat pada malam hari.
Kini, Tomer-Yerushalmi, 51, berada di bawah pengawasan pihak keselamatan untuk rawatan dan siasatan lanjut.
Keadaan ini berlaku hanya dua hari selepas beliau meletakkan jawatan...

