
Oleh BIANCA HILMAN
DULU wajahnya menghiasi layar kaca dalam drama popular seperti Shaktimaan, Diya Aur Baati Hum dan Agle Janam Mohe Bitya Hi Kijo.
Namun kini, pelakon TV terkenal di Bollywood, Nupur Alankar memilih kehidupan jauh dari sorotan dunia glamor – hidup sederhana, namun pernah sehingga meminta sedekah, dan menetap di dalam gua.
Keputusan itu lahir daripada kehilangan besar yang memusnahkan segalanya yang pernah dimilikinya.

đ Apabila dunia terbalik dalam sekelip mata
Dilahirkan pada 25 November 1972 di Jaipur, beliau berkecimpung dalam industri selama 27 tahun dengan membintangi kira-kira 157 produksi.
Mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti seni sejak usia muda. Selepas berpindah ke Mumbai, Nupur menceburi bidang peragaan dan lakonan, dan menjadi nama yang dikenali ramai.
Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya memilih untuk meninggalkan segala urusan duniawi, berpisah dengan kehidupan perkahwinannya dan industri hiburan.
Kini hidup sebagai seorang sami, Nupur telah mendedikasikan dirinya sepenuhnya kepada kerohanian.

Tahun 2019 menjadi titik gelap dalam hidup Nupur. Beliau merupakan antara ribuan mangsa penipuan Bank PMC, yang menyebabkan semua akaunnya dibekukan serta simpanan hidupnya lenyap sekelip mata.
âTanpa wang di tangan, saya terpaksa menjual barang kemas dan meminjam daripada rakan pelakon hanya untuk bertahan,â kongsinya kepada Times of India.
Ketika berjuang untuk bangkit, dugaan bertimpa. Ibunya jatuh sakit, dan kesulitan kewangan menyukarkan rawatan.
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia, diikuti kematian adik tersayang, Jigyaasa.
Bagi Nupur, semuanya terasa seperti kehilangan seluruh dunia.

đż Memilih sunyi, tinggalkan duniawi
Kehilangan demi kehilangan akhirnya mendorong Nupur untuk memutuskan hubungan dengan kehidupan material.
âSaya tidak lagi berminat dengan dunia ini. Saya mohon izin daripada mereka yang rapat dengan saya, dan kemudian saya memilih jalan rohani,â ujarnya dalam wawancara bersama Telly Talk India.
Pada tahun 2022, beliau memilih untuk mempraktikkan âsanyaasâ – langkah spiritual agama Hindu untuk meninggalkan dunia hiburan dan duniawi secara amnya, lalu menumpukan seluruh hidup kepada tuhan.
Kini, Nupur hidup hanya dengan empat hingga lima pasang pakaian, mengamalkan bhikshatan â tradisi meminta sedekah makanan bagi menundukkan ego dan mendekatkan diri kepada tuhan.

đŻïž Dari studio ke gua: Hidup baharu yang penuh ketenteraman
Nupur kini menetap di kawasan ashram (tempat pertapaan rohani atau biara bagi penganut agama Hindu), malah pernah tinggal di gua untuk bermeditasi dan mencari ketenangan.
Pernah berdepan gigitan tikus dan radang sejuk beku, dia menganggap semuanya sebagai latihan jiwa.
âSelepas meninggalkan dunia material, hidup sebenarnya jadi lebih mudah. Tiada bil, tiada tekanan gaya hidup. Saya hanya perlukan sekitar 10,000 hingga 12,000 rupee sebulan untuk terus hidup,â katanya penuh tenang.
Walaupun kehidupannya tampak sukar pada mata orang biasa, bagi Nupur, inilah kebebasan sebenar.
Dalam diam dan kesunyian, dia menemui makna baru tentang cukup.

đș Pesanan Voolora buat wanita moden
Di sebalik kisah tragis ini, Nupur mengingatkan bahawa kekuatan sebenar wanita bukan terletak pada harta atau kemewahan, tetapi keupayaan untuk bangkit dan berdamai dengan diri sendiri.
âHidup sederhana bukan bererti menyerah kalah. Ia tentang memahami siapa diri kita dan apa yang benar-benar penting,â katanya lembut.
Kini, dalam kehidupan yang tanpa kemewahan dan penuh kesederhanaan, Nupur Alankar hidup dengan hati yang tenang – sesuatu yang mungkin ramai wanita moden masih tercari-cari.
